Kesan berhenti ganja, 5 perkara ini akan anda rasai

JIKA anda seorang yang kerap menghisap ganja lebih-lebih lagi dalam jumlah yang banyak, mungkin sudah tiba masanya untuk anda berhenti dan menyedari bahawa banyak kesan dan manfaat boleh diperolehi dengan meninggalkan tabiat itu.


Sampai bila anda mahu teruskan tabiat buruk itu betul tak? Selain harganya yang mahal, risiko ditangkap oleh pihak polis juga sangat tinggi. Ini sekaligus menjadikan hidup anda tidak tenang dan sentiasa merasa bimbang bila lalu di sekatan jalanraya atau terlihat kelibat polis dan pihak berkuasa.

Kesan berhenti hisap Ganja

Berikut kami senaraikan beberapa kesan berhenti ganja yang dapat anda rasakan segera berdasarkan temubual dengan beberapa individu yang sudah "cuci tangan" daripada mengambil barang terlarang itu.

1. Peningkatan fungsi paru-paru.

Perkara utama yang anda akan dapat rasakan selepas beberapa minggu berhenti ganja ialah anda boleh bernafas dengan lebih mudah. Ini juga bermakna badan kita mempunyai lebih tenaga selepas paru-paru mula berfungsi secara normal semula.

Sistem pernafasan yang sebelum ini tersekat akhirnya dapat menghantar oksigen yang cukup ke seluruh badan.


2. Tidur lebih mudah dan nyenyak

Kajian kesihatan yang telah dijalankan mendapati bahawa antara kesan penggunaan ganja menyebabkan kualiti dan kitaran tidur individu tertentu terganggu. 

Ini kerana marijuana atau ganja mengganggu kitaran REM, sekaligus menghalang individu bermimpi ketika tidur akibat kitaran tidur normal yang memerlukan rehat cukup sebelum bangkit semula telah terjejas.

Dalam masa beberapa minggu sahaja selepas berhenti menghisap ganja anda boleh perhatikan kitaran hidup kembali normal membolehkan anda mendapat tidur yang nyenyak dan lama.

3. Emosi lebih stabil

Tidak kira samaada anda menghisap ganja sehingga halal atau tidak, pengambilan bahan itu sebenarnya memberi kesan terhadap emosi. 

Meskipun ramai yang berpendapat bahawa menghisap ganja boleh membantu individu berkenaan supaya lebih tenang, nama apabila seseorang itu tidak sampai ke tahap khayal, ini mengakibatkan emosinya merasa bimbang dan terganggu.

Perasaan bimbang Ini menyebabkan tekanan dimana tindak balas terhadap tekanan oleh badan ini boleh menjejaskan pelbagai organ terutama jantung, dalam jangka masa panjang ia sangat berbahaya.

Namun selepas anda berhenti daripada menghisap marijuana, emosi akan kembali stabil dan anda tidak lagi mengalami perasaan berubah-ubah seperti sebelum ini.


4. Peningkatan daya pemikiran (cognitif)

Beberapa Kajian yang dijalankan mendapati aktiviti rutin menghisap ganja boleh menjejaskan pusat ingatan di otak sekaligus ya mengeruhkan kebolehan untuk mempelajari sesuatu dan mengekalkan informasi di dalam memori.

Malah kajian lanjut yang dijalankan mendapati bahawa kesan ini juga memberi risiko dan terpanjang di mana individu mungkin mengalami kerosakan jangka panjang pada bahagian otak, justeru lebih cepat anda berhenti menghisap ganja memberikan lebih tinggi peluang untuk mengurangkan risiko kerosakan otak.

Perkara ini sekaligus meningkatkan dari pemikiran dan pemahaman selepas anda berhenti dari mengambil marijuana.

5. Berahi seksual yang lebih baik dan peningkatan kesuburan.

Jika anda merancang untuk mendapatkan keturunan, sudah sampai masanya anda untuk berhenti daripada menghisap ganja kerana salah satu kesan buruk ganja menurunkan kadar berahi dan kebolehan seksual.

Bahan aktif THC yang terdapat didalam marijuana boleh menjejaskan kesuburan di kalangan lelaki dan wanita kerana ia memberi kesan terhadap sperma.

Anda boleh rasakan sendiri kesan peningkatan dan kebolehan seksual selepas berhenti daripada menghisap ganja.


Kesan negatif berhenti hisap ganja.

Meskipun banyak kesan-kesan positif untuk berhenti menghisap ganja, kami terpaksa berterus terang kepada anda bahawa terdapat juga kesan-kesan negatif meninggalkan tabiat itu.

Beberapa individu yang ditemu bual turut memberitahu kami tentang kesan negatif antaranya merasa terganggu, sukar untuk tidur, depresi dan beberapa simptom lain turut dialami.

Namun semua perkara ini hanyalah bersifat sementara jika anda benar-benar tekad mempunyai kesungguhan untuk berhenti, ia akan beransur-ansur hilang sebelum kesan-kesan positif pula datang memberikan makna yang lebih baik dalam kehidupan anda. — EdisiRakyat.com, 14 November 2020

Post a Comment

Previous Post Next Post