Sarawak luluskan usul umur 18 tahun untuk mengundi dan menjadi Adun

DEWAN undangan Negeri Sarawak meluluskan pindaan rang undang-undang perlembagaan negeri bagi menurunkan usia minimum daripada 21 tahun kepada 18 tahun untuk layak mengundi serta menjadi Adun.

Usul yang dikemukakan oleh Menteri belia dan Sukan Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah itu telah diluluskan dengan sokongan majoriti lebih daripada dua pertiga. 

Dewan Undangan Negeri Sarawak

Sebelum ini pindaan diusul pada hari kedua sidang DUN telah ditunda pada selasa lalu sebelum dibentangkan semula siang tadi.

Pindaan itu menyelaraskan Perlembagaan Negeri dengan pindaan berkaitan dalam Perlembagaan Persekutuan. 

Ia juga melibatkan kategori orang yang layak sebagai bermastautin di Sarawak manakala orang yang tiada hubungan dengan Sarawak sama ada menerusi kelahiran atau ibubapa mereka hilang kelayakan itu. — EdisiRakyat.com, 12 November 2020

Post a Comment

Previous Post Next Post