Penyanyi Herman Tino cipta lagu untuk pengundi Kajang

,

EdisiRakyat.com
PENYANYI Dangdut terkenal Herman Tino, atau nama sebenarnya Masrun Tamsi, 60 yang sebelum ini meluahkan hasrat untuk bertanding di PRK DUN Kajang telah menghasilkan sebuah lagu untuk pengundi Kajang. 

Beliau memuat naik gambar beberapa keping kertas dengan tulisan tangan dipercayai lirik lagu tersebut‎ melalui akaun twitter @Herman4Kajang. 

‎"Lagu khas buat pengundi Kajang, nantikan kemunculannya #Herman4Kajang" tulis beliau di twitter.

‎Difahamkan, lagu yang bakal dinyanyikan oleh Herman itu berjudul 'Pesona Palsu' ditujukan khas untuk mengkritik Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga merupakan seorang lagi calon bagi kerusi DUN Kajang. 

‎Herman sering merujuk Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin yang mempunyai pesona palsu di laman twitter miliknya.

Sebelum ini beliau menulis, "Anwar itu ahli politik yang penuh dengan pesona dan tampak sempurna, namun itu semua palsu. Namun palsu yang sukar dihukum". — EdisiRakyat.com