Ratu cantik remaja hilang, rupanya jual 'dara' di Dubai

RATU cantik yang dilaporkan hilang oleh ibu, rupa-rupanya bertindak nekad membawa diri ke Dubai untuk menjual daranya dengan nilai £8,000 (RM42,990).

Anna Feschenko, 17 tahun didakwa telah ditawarkan perjanjian tunai serta percutian VIP ke timur tengah oleh sebuah agensi dan sehingga kini masih berada di Dubai bekerja sebagai 'escort girl' bersama beberapa lagi gadis lain.



Menurut Anna yang mendapat tempat ke dua dalam pertandingan Miss Moscow 2016, dia ditawarkan percutian dua hari ke Persian Gulf Resort City pada penghujung Ogos lalu menyebabkan dia terbang ke negara itu.

Dia dilaporkan pergi bersama dua sahabatnya Yekaterina dan Karina. Menurut Yekaterina, 19 selepas percutian dua hari itu, Anna membuat pengakuan bahawa dia datang ke Dubai untuk menjual daranya menyebabkan mereka bertengkar dan Yekaterina mengambil keputusan untuk pulang sendirian ke Moscow.

Karina berkata, Anna memberitahunya bahawa dia mahu menjual dara kerana memerlukan wang untuk menyambung pengajiannya. Anna sepatutnya menyambung semester pada bulan september.

Menurut ibunya Olga Feschenko, dia tiada masalah untuk membayar yuran pengajian anaknya tetapi tidak akan melunaskannya selagi anaknya tidak pulang ke rumah.

Tambah Olga, Anna ada menghubunginya melalui pesanan teks menyatakan dia mahu pulang tetapi dia tidak percaya kerana anaknya gagal menunjukkan salinan pembelian tiket apabila diminta oleh ibunya.

Kes itu dilaporkan sedang dalam siasatan polis kerana Anna masih di bawah umur.— EdisiRakyat.com, 23 September 2016


Previous Post Next Post