Wanita hamil yang merokok bakal melahirkan bayi 'gay'

WANITA yang merokok ketika mengandung boleh meningkatkan kebarangkalian anak lelaki yang bakal dilahirkan berkecenderungan menjadi 'gay' dakwa seorang ahli neurobiologi.

Kecenderungan seks seorang bayi yang bakal dilahirkan dipengaruhi oleh gaya hidup dan tabiat ibu kandungnya, tulis Prof. Dick Swaab dalam buku terbarunya.

Penyelidik berusia 69 tahun itu percaya bahawa kecenderungan sama ada 'heterosexual' atau 'homosexual' ditentukan ketika di dalam bayi di dalam rahim ibu.

Berabad lamanya, belaku perbalahan pendapat berhubung punca orentasi seks, dengan segelintir berpendapat bahawa ia dipengaruhi oleh gaya hidup yang dipilih oleh individu ataupun didikan ibu bapa.

Namun di dalam buku 'We Are Our Brains' (Kita Adalah Otak Kita), Prof. Swaab menegaskan bahawa "tiada bukti terhadap dakwaan itu".

Sebaliknya, doktor pakar otak itu mencadangkan bahawa merokok dan hormon sintetik boleh meningkatkan kebarangkalian bayi perempuan menjadi sama ada 'lesbian' ataupun 'bisexual'.

Beliau menulis di dalam buku kontroversi itu mendakwa perkembangan otak semasa dalam kandungan diubah oleh perubahan kimia yang sangat kecil.

Dan dakwanya lagi, sekiranya wanita telah melahirkan ramai anak lelaki, kemungkinan bayinya menjadi gay adalah sangat tinggi.

Prof. Swaab menulis di dalam bukunya: "Pendedahan kepada nikotin atau amphetamine sebelum kelahiran juga meningkatkan kebarangkalian mendapat anak lesbian".

"Wanita mengandung yang menderitai tekanan juga meningkatkan kemungkinan untuk mendapat bayi homoseksual, kerana peningkatan hormon kortisol, memberi kesan kepada penghasilan hormon seks bayi.

"Lebih banyak abang dimiliki oleh seorang bayi lelaki yang dikandungkan, maka lebih besar peluang dia menjadi homoseksual.

"Ini disebabkan oleh tindak balas immuniti ibu terhadap bahan kelakian yang terhasil oleh bayi lelaki di dalam rahim, tindak balas menjadi semakin kuat bagi setiap kali ibu mengandung"

Hasil penyelidikan lalu terhadap wanita-wanita yang mengambil hormon sintetik estrogen sekitar tahun 1939 dan 1960 untuk mengurangkan kadar keguguran mempunyai kemungkinan besar menerima anak perempuan yang biseksual ataupun lesbian. — EdisiRakyat.com 

Post a Comment

Previous Post Next Post