Penunggang motorsikal dilenyek kereta selepas terjatuh langgar babi

SEORANG penunggang motosikal dilaporkan maut akibat dilenyek oleh sebuah kereta selepas dia dikatakan terjatuh akibat terlanggar seekor babi di Jalan Parit Raja Darat, Batu Pahat, Johor.

Timbalan Pengarah Polis Batu Pahat, OCPD Abdul Wahib Musa dilaporkan berkata bahawa kejadian kemalangan maut tersebut berlaku sekitar Jam 7:30 pagi hari Ahad ketika mangsa, Mohd Atan Monadam, 52 dalam perjalanan ke Pekan Parit Raja, dari Parit Raja Darat.


"Siasatan awal mendapati bahawa mangsa daripada Kampung Parit Surau Darat hilang kawalan ketika menunggang motosikalnya selepas melanggar seekor babi yang sedang melintas jalan pada ketika kejadian," katanya dalam satu kenyataan pada hari Ahad.

Atan dilaporkan terjatuh daripada motosikal sebelum sebuah kereta melenyek kedua-dua motosikal dan juga babi dari arah belakang. 

ACP Abdul Wahib turut berkata bahawa pemandu kereta dari Kampung Parit Nipah Darat tidak dapat memberhentikan kenderaannya sekaligus melenyek mangsa mengakibatkan kematiannya di tempat kejadian.

Pemandu berkenaan dikatakan tidak mengalami sebarang kecederaan. Kes tersebut kini sedang disiasat dibawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan belia mendesa kepada pengguna jalan raya untuk sentiasa berhati-hati di atas jalan raya bagi mengelakkan kejadian kemalangan daripada berlaku. — EdisiRakyat.com, 9 April 2017

Post a Comment

Previous Post Next Post