GARA-GARA asyik dengan cinta, seorang ibu dilaporkan keluar bertemu kekasih, serta sanggup membiarkan bayinya selama 3 hari tanpa makanan dan minuman sehingga mengakibatkan bayi malang itu mati kebuluran.
Mahkamah Daerah Daegu, di Seoul, Korea pada hari Jumaat menjatuhkan hukuman penjara selama 12 tahun terhadap wanita berusia 26 tahun itu, kerana kesalahan membunuh bayinya.
Berdasarkan rekod mahkamah, wanita berkenaan telah meninggalkan suaminya akibat konflik yang tercetus pada bulan Ogos 2016.
Wanita itu kemudiannya bertemu dengan seorang lelaki menerusi permainan "game online" dan mereka berdua kemudiannya tinggal bersama di sebuah penginapan, di Pohang, sebuah wilayah di Utara Gyeongsang.
Bayi berkenaan dilahirkan tidak lama selepas itu dalam bulan Julai 2017. Bapa kepada bayi berkenaan telah ditangkap ketika wanita tersebut sedang hamil, dan lelaki itu sedang menjalani hukuman di penjara ketika anaknya dilahirkan.
Wanita berkenaan dilapor meninggalkan bayi perempuan tersebut berseorangan di rumah dalam empat kejadian di antara bulan Oktober dan November 2017 untuk bertemu dengan lelaki lain di Busan, yang ditemuinya menerusi laman sesawang permainan atas talian.
Menurut pihak berkuasa, mereka terperanjat apabila wanita itu mengaku meninggalkan bayinya sendirian tanpa sebarang makanan dan minuman sejak 10 November hingga 13 November kerana bertemu dan tinggal dengan kekasihnya di Busan.
Bayi itu dilaporkan telah meninggal dunia ketika wanita itu pulang lewat malam pada 17 November 2017.
Selepas pulang ke Pohang, wanita itu dilaporkan menyimpan jasad bayi itu di rumah, sebelum membuangnya di depan sebuah motel di Pohang dalam bulan April tahun ini.
Pihak polis dilapor menahannya ketika cuba melarikan diri dari tempat kejadian. — EdisiRakyat.com, 13 Oktober 2018
Post a Comment