Guru disiplin didakwa bunuh isteri guna rak penyidai baju

SEORANG guru disiplin didakwa di Mahkamah Majistret Georgetown, Pulau Pinang atas tuduhan membunuh isterinya 18 November lalu.

Tertuduh Lim Fong Aun, 42 tahun mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Majistret L Uma Dewi.

Guru Disiplin Bunuh Isteri

Mengikut pertuduhan dia didakwa membunuh isterinya T Shanti, 39 tahun dengan cara memukul di bahagian kepala dengan menggunakan rak penyidai baju.

Perbuatan itu dilakukan di sebuah rumah di Taman Sri indah Ayer hitam kira-kira jam 10 malam.

Bagi kesalahan itu dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Tarikh 27 Disember depan ditetapkan untuk sebutan semula kes dan penyerahan laporan bedah siasat.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwaraya Muhammad Syafiq Muhammad Sazali manakala tertuduh diwakili peguam RSN Rayer. — EdisiRakyat.com, 28 November 2018

Post a Comment

Previous Post Next Post