Kompaun merokok di tempat makan berkuatkuasa selepas 6 bulan

SEJAK 1 Januari lalu, larangan merokok di tempat makan sudah mula dikuatkuasakan tetapi hanya amaran akan diberikan kepada pesalah dalam tempoh enam bulan, begitu yang disampaikan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dalam sidang media yang diadakan pada hari ini.

"Saya ingin menegaskan bahawa tiada kompaun akan dikenakan yang mana hanya amaran akan dikeluarkan buat masa ini", kata beliau yang dipetik dalam New Straits Times.

Ia selari dengan aspirasi kementerian untuk membangunkan budaya bebas-rokok dan untuk mendidik masyarakat.

Tambah beliau lagi," amaran itu akan dikeluarkan oleh pegawai penguat kuasa Kementerian Kesihatan. Bagi sesiapa yang merasa ragu-ragu apabila diberi amaran boleh meminta pegawai tersebut untuk menunjukkan kad penguat kuasa".

Penguat kuasa Kementerian Kesihatan mempunyai kad kuasa dan memakai pakaian seragam khas yang mana, mereka berhak mengeluarkan notis amaran kepada sesiapa yang melanggar larangan merokok di tempat makan awam.

Terdahulu, larangan merokok telah diwartakan pada 31 Disember lalu dan mula berkuatkuasa tengah malam 1 Januari, 2019 di bawah Peraturan 11, Peraturan-peraturan kawalan hasil tembakau (Pindaan) 2018 untuk melindungi orang awam daripada pendedahan kepada asap rokok.

larangan-merokok

Siapa yang didapati melakukan kesalahan merokok di tempat makan awam iaitu restoran bertutup, berhawa dingin, atau kedai makan berkonsepkan terbuka boleh didenda sehingga RM10,000 atau dipenjarakan sehingga 2 tahun di bawah peraturan 11 Peraturan Kawalan Tembakau 2004.

Dalam pada itu, pengendali restoran yang gagal memaparkan tanda larangan merokok boleh didenda sehingga RM 3,000 atau dipenjara sehingga 6 bulan di bawah peraturan 12 peraturan produk kawalan tembakau 2004.

Mereka yang gagal menghalang pelanggan dari merokok dan juga mereka yang menyediakan kemudahan merokok untuk pelanggan boleh dikenakan denda sehingga RM5,000 atau dipenjarakan singgah 1 tahun.

Menurut beliau aktiviti penguatkuasaan pendidikan pada hari pertama perwataan semalam membabitkan seramai 611 anggota penguat kuasa Kementerian Kesihatan.

Dalam 2,876 tempat makan termasuk yang beroperasi 24 jam yang telah diperiksa, sebanyak 1,453 amaran bertulis telah dikeluarkan, tambah beliau lagi.

Sementara itu, Datuk Dzulkefly dipetik sebagai menyatakan bahawa kesedaran orang ramai dan pemahaman mereka mengenai apa yang diharamkan itu masih rendah.

Justeru pihak Kementerian akan meneruskan pendekatan penguatkuasaan pendidikan untuk memastikan orang ramai memahami langkah itu.

Tambahnya lagi sebanyak 7,451 risalah telah diedarkan dan 3,879 orang telah diberi nasihat.

Beliau juga melahirkan rasa gembira kerana orang ramai menyokong larangan merokok termasuk pertubuhan bukan kerajaan.





2 Comments

  1. berhenti merokok mestilah dimulakan dgn larangan menjual rokok.

    sebaiknya jgnlah dibuat perokok dah mcm musuh negara.

    bagilah sedikit kelonggaran. dicadangkan :-

    dibenarkan merokok dipremis makanan yg tidak hawadingin pada sebelah malam sahaja. sebb ketika itu wanita kanak2 ibu mengandung jarang berada dipremis makanan.

    kaum lelaki ada keperluan utk berkumpul mesyuarat berbincang silaturrahim sesame mereka dipremis makan, bukan semata2 nk makan. mereka nk santai sambal bertukar fikiran.

    berilah ruang sebelah malam utk mereka.

    ReplyDelete
  2. Kabar Gembira Buat Para Pecinta Sepak Bola Dimanapun Kalian Berada
    Ayo Dukung Tim Favoritmu Dan Pasang Taruhanmu Sekarang
    Bolavita Bandar Sportsbook Terbesar Di Indonesia
    Nikmati Bonus Berlimpah Setiap Hari

    Mari Kunjungin Segera Website kami :
    www(titik)bolavita(titik)vip
    www(titik)sateayam(titik)club
    www(titik)pokervita(titik)live

    Info Lebih Lanjut Bisa Hub kami Di :
    Live Chat Online 24 JAM NONSTOP !!!
    WA : +628122222995
    Pin BBM : BOLAVITA / D8C363CA (NEW)

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post