Christiano Ronaldo disahkan positif Covid-19 kali kedua

BINTANG Bola Sepak dunia, Christiano Ronaldo sekali lagi disahkan positif Covid-19, ketika Kelab Bola Sepak Juventus dalam persediaan untuk Liga Juara-juara menentang Barcelona minggu hadapan lapor sumber berita Italy.



Ronaldo kini sedang menjalani kuarantin di rumahnya di Turin, selepas disahkan positif Covid-19 pada 13 Oktober lalu ketika bersama pasukan Kebangsaan Portugal dalam perlawanan Liga Nasional.

Christiano Ronaldo

Pemain berusia 35 tahun itu sekali lagi menerima keputusan positif coronavirus selepas menjalani ujian saringan pada hari rabu lapor Sky Sport Italia dan Gazzetta Dello Sport.

Penyerang utama Portugal itu bagaimanapun mungkin dapat beraksi dalam Siri A pada hari Ahad minggu ini dalam perlawanan menentang Hella Verona dan kelab Barcelona yang dianggotai oleh seteru rapatnya Lionel Messi pada 28 Oktober nanti.

Di bawah undang-undang Uefa Ronaldo perlu menjalani ujian saringan Covid-19, dan disahkan negatif 24 jam sebelum perlawanan dengan Barcelona di Turin bagi membolehkannya disenaraikan dalam skuad kesebelasan utama.


Ronaldo yang dilaporkan tidak menunjukkan sebarang simptom, dilihat terus menjalankan latihan di rumah sambil mengirimkan rakaman video dirinya menjalani latihan dalam gym berteknologi tinggi di media sosial.

Terbaru, Ronaldo tampil di laman Twitter rasminya dengan imej berkepala botak.

"Kejayaan hidup tidak diukur melalui apa yang kamu capai, tetapi menerusi rintangan-rintangan yang kamu atasi," tulisnya.

Pada hari Khamis, dia mengirimkan satu lagi foto di media sosial memperlihatkan dirinya sedang duduk di meja makan dengan dengan tulisan "Gaya Hari Khamis!"


Kesemua pemain Kelab Juventus menjalani pengasingan selepas pemain tengah dari Amerika Syarikat, Weston McKennie disahkan positif Covid-19 pada 14 Oktober.

Meskipun dengan ketiadaan Ronaldo, Juventus telah memenangi perlawanan pembukaan Kelab Juara-juara dengan pembukaan 2—0 di Dynamo Kiev di mana kedua-dua gol dijaringkan oleh Spaniard Alvaro Morata.

Juventus kini berada di tempat kedua dalam Kumpulan G di belakang Barcelona yang sebelum ini telah menewaskan Ferencvaros 5 — 1. — EdisiRakyat.com, 23 Oktober 2020

Post a Comment

Previous Post Next Post