Macau Scam: tahanan reman 'datuk' dan dua anggota polis dilanjutkan 38 hari

TAHANAN reman seorang datuk dan dua anggota polis di bawah Akta Pencegahan Jenayah (Poca) 1959 berkait dengan siasatan jenayah sindiket perjudian  atas talian dan Macau Scam dilanjutkan untuk 38 hari lagi.

Majistret M. Mageswary meluluskan permohonan pihak polis untuk melanjutkan tahanan reman terhadap kesemua suspek yang berusia di antara 34 hingga 39 tahun mulai hari ini.

Logo PDRM

Kesemua suspek sebelum ini telah ditahan reman di bawah Poca selama 21 hari bermula 11 Oktober lalu.

Prosiding permohonan tahanan reman terhadap ketiga-tiga suspek yang dilihat memakai baju tahanan berwarna jingga bermula pada jam 10 setengah pagi dan tamat sejam kemudian.

Peguam Jacky Loi ketika dihubungi sumber berita Bernama mengesahkan bahawa kesemua suspek telah ditahan reman di bawah Seksyen 4 (2)(a) Poca. Suspek diwakili oleh peguam Gobind Singh Deo dan Shahrizal Abdul Manan.

Pada 13 Oktober lalu Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur SAC Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, pihak polis telah menahan semula tiga individu selepas mahkamah menolak satu permohonan reman yang dipohon oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mereka yang disyaki terlibat dalam aktiviti perjudian atas talian.

Menurutnya, mereka telah ditahan semula sebaik sahaja dibebaskan oleh SPRM. — EdisiRakyat.com, 30 Oktober 2020

Post a comment

0 Comments