10 orang terkenal di dunia tetapi gagap

GAGAP bukanlah suatu penyakit yang boleh membahayakan nyawa tetapi penghidapnya lebih cenderung untuk mengalami tekanan emosi kerana perasaan malu dan rendah diri dan bermacam-macam perasaan yang datang akibat merasa kekurangan diri.



Lebih malang lagi, kebiasaannya perasaan malu itu datang apabila kanak-kanak ini diejek ketika masih kecil sehingga membuatkan mereka merasa malu untuk berdepan dengan orang lain kerana takut diejek dan menjadi pasif.

Ada sesuatu yang menarik di sebalik fakta ini. Terdapat ramai sosok yang terkenal yang mempunyai masalah gagap dan berjaya mengatasi masalah ini sehingga membuatkan mereka berjaya dalam hidup.

Setiap mereka melalui satu fasa dalam hidup di mana mereka merasa perlu berusaha bersungguh-sungguh untuk mengatasi masalah gagap yang menjadi satu masa dulu seperti beban dalam hidup mereka. Siapakah mereka?

1. Tiger Woods

Nama ini merupakan nama yang tidak asing dalam sukan golf dan sangat dikenali oleh orang ramai. Disebalik kejayaannya, beliau merupakan salah seorang yang begitu bersusah payah mengatasi masalah gagapnya ketika dia kecil lagi.

Tiger-Woods

2. Bruce Willis

Aktor kacak dari Hollywood ini juga tidak terlepas daripada mengalami masalah gagap. 

Masalah gagap Bruce Willis yang sejak dari kecil berlanjutan sehingga dewasa dan masih berlanjutan ketika dia mula menceburkan diri dalam bidang lakokan.


Apa yang membantu beliau untuk mengatasi masalah gagap adalah ketika beliau mengambil keputusan untuk menceburkan diri dalam teater dan menjadi pelakon yang cukup dikenali.

3. Emily Blunt

Emily Blunt merupakan pelakon British yang telah berjaya memenangi beberapa anugerah dan menjadi sangat popular menerusi Filem The Devil Wears Prada pada tahun 2006.

Siapa sangka wanita cantik ini pernah menghadapi masalah gagap satu masa yang dahulu. Kemuncak kepada usaha beliau untuk mengatasi masalahnya adalah apabila guru sekolahnya menggalakkan Emily untuk menyertai suatu acara di sekolah ketika beliau berumur 12 tahun dan menghasilkan wanita yang berjaya sehingga kini.

Emily-Blunt

4. Elvis Presley

Elvis Presley nama yang menjadi sebutan dan sangat dikenali pada zaman kegemilangannya.

'The King of Rock and Roll', itulah gelaran yang diberikan kepada beliau tetapi mungkin ramai yang tidak tahu bahawa beliau pernah mengalami masalah gagap ketika kecil.


Beliau mengambil inisiatif untuk menyanyi sebagai satu terapi untuk melancarkan percakapan beliau dan akhirnya usahanya membuahkan hasil sehingga membuatkan beliau menjadi salah seorang ikon dalam industri musik.

5. Carly Simon

Carly Elizabeth Simon, atau nama panggilannya kali saya merupakan seorang penyanyi, komposer, dan pemain muzik yang sangat berbakat dari Amerika.

Hidup beliau yang satu masa kecil diulit mimpi ngeri kerana masalah gagap akhirnya bertukar menjadi satu rahmat apabila beliau menceburkan diri dalam bidang nyanyian kerana menganggap hanya dengan menyanyi beliau dapat menyembunyikan masalah gagap.

carly-simon

Usaha beliau membuahkan hasil dan menjadikan beliau popular dan releven sehingga ke hari ini walaupun sudah berusia 75 tahun.

6. Peggy Lipton

Mendiang Peggy Lipton atau nama sebenar beliau Margeret Ann merupakan seorang pelakon, model dan penyanyi Amerika.

Di sebalik wajah beliau yang jelita, tersembunyi suatu cerita yang mana beliau pernah mengalami masalah gagap sewaktu kecil sehingga menyebabkan beliau sangat sukar untuk menyebut namanya sendiri.


7.  James Earl Jones

Pelakon veteran James Earl Jones yang kini berusia 89 tahun merupakan salah seorang pelakon popular Amerika yang sangat berkarisma dan berbakat satu masa dulu.

Disebalik nama dan sosok tegap ini, beliau pernah mengalami masalah gagap ketika kecil sehingga beliau hampir kelihatan seperti bisu kerana tidak mahu bercakap supaya tidak dimalukan.

James-Earl-Jones

Namun kini, kebisuannya bertukar kepada ucapan-ucapan hebat dalam lakonannya yang kebiasaanya tentang dunia perniagaan dan watak-watak yang berkaliber.

8. Julia Roberts

Siapa yang tidak kenal dengan aktres jelita lagi seksi ini dari Hollywood ini. Beliau yang kini juga bergelar penerbit kerap menjadi sebutan dikalangan pengemar Filem luar negara kerana perwatakannya

Siapa sangka rupanya beliau juga pernah mengalami masalah gagap dan masalah gagap itu juga dialami oleh abangnya.


Oleh kerana terdapat ahli keluarga lain yang mempunyai masalah yang sama, mereka saling memberi sokongan dan akhirnya berjaya mengatasi masalah gagap tersebut dan membesar menjadi pelakon yang hebat. Beliau percaya, ada masalah pada keturunan yang menyumbang kepada masalah gagap ini.

9. Samuel L. Jackson

Samuel L. Jackson merupakan seorang pelakon terkenal dan penerbit di Amerika yang begitu terkenal membintangi filem seperti Star wars, The Marvel Films dan The Incredible.

Siapa sangka sosok yang kini bergelar Billionare mempunyai masalah gagap sehingga kini tapi tidak seteruk ketika beliau masih kecil yang mana kerap diejek dan dibuli sewaktu kecil.

Samuel-L.-Jacksons

Beliau masih mempunyai masalah gagap pada perkataan-perkataan tertentu dan untuk untuk mengatasi masalah tersebut, beliau akan menggantikan dengan perkataan lain bagi menyampaikan maksud yang sama.

10. Marilyn Monroe

Mendengar nama Marilyn Monroe pasti membuatkan sesetengah kita terimbau tentang beliau dari cerita ibu bapa kita. Di saat-saat namanya menjadi sebutan, berita mengenai kematian yang mengejutkan orang ramai.

Sering dikaitkan dengan pelakon yang bersimbolkan ghairah, sosok yang terkenal sebagai pelakon, model dan penyanyi ini pernah popular pada tahun 1950 hingga 1960.


Disebalik wajah seksi ini, beliau juga mempunyai kekurangan iaitu mengalami masalah gagap. namun begitu beliau tidak berputus asa dan cuba belajar beberapa teknik untuk mengawal gagap masalah gagap untuk tampil dengan imej menggoda.

Sesetengah orang menganggap cara beliau bercakap adalah untuk menampilkan gaya seksi tetapi ada pula yang menganggap bahawa cara percakapan budak itu adalah salah satu teknik untuk mengawal masalah gagap yang dialaminya.

Beliau menggunakan teknik menggerakkan mulut secara berlebihan ketika bercakap dan mungkin itu adalah salah satu taktik beliau untuk membantu beliau bercakap dengan lebih lancar. — EdisiRakyat.com, 27 November 2020 

Post a Comment

Previous Post Next Post