Lubang ini masih terbakar sejak 50 tahun lalu hingga digelar pintu neraka

ADA sebuah lubang besar di Padang Pasir Karakum yang terletak di Negara Turkmenistan digelar sebagai 'Pintu Neraka' kerana api telah membakar kawasan itu sejak lebih 50 tahun lalu. 

$ads={1}

Pada waktu malam, sekitar kawasan berkenaan terang benderang, dengan api yang marak menjulang ke langit, sedia menjilat apa sahaja yang boleh menjadi bahan bakarnya.

Lubang Neraka

Difahamkan kebakaran kawasan itu tidak pernah padam sejak 5 abad yang lalu. Pengunjung dan penduduk tempatan boleh melihat cahaya api menjulang tinggi berbatu-batu jauhnya dari lokasi berkenaan.

"Pintu Neraka" itu berbentuk bulat dengan diameter sepanjang 230 kaki, dan kedalaman dianggarkan sekitar 98 kaki.

Kejadian itu dilaporkan bermula sejak tahun 1971 ketika Turkmenistan masih di bawah jajahan Soviet Union. Ketika itu sekumpulan Pakar Geologi Soviet telah pergi ke Karakum untuk mencari gali minyak.

Hasil kajian mereka telah mengenal pasti sebuah kawasan di tengah-tengah gurun yang dipercayai mengandungi hasil minyak yang sangat banyak.

Mereka telah memulakan operasi menggerudi tempat berkenaan. Malangnya tempat yang mereka gerudi itu rupanya adalah kawasan gua mendapan gas asli, di mana struktur bumbungnya tidak mampu menampung beban perkakas yang digunakan oleh mereka untuk menggerudi.

Akibatnya kawasan itu runtuh, dan semua perkakas dan peralatan yang digunakan turut terjerumus masuk ke dalam lubang yang terhasil.

$ads={1}

Difahamkan dalam kejadian itu tidak ada seorang pun yang mengalami kecederaan. Namun mereka berdepan dengan masalah apabila berlaku pelepasan gas asli dari kawah berkenaan.

Gas asli terdiri daripada kebanyakannya gas metana, meskipun ia tidak beracun, pendedahan kepada sumber gas yang besar seperti itu mengakibatkan makhluk hidup sukar untuk bernafas.

Tidak berapa lama selepas kejadian runtuhan berkenaan, banyak haiwan-haiwan yang berkeliaran di kawasan tersebut mati.

Selain itu pembebasan gas metana juga berbahaya kerana ia sangat mudah terbakar. Hanya 5 peratus metana di dalam udara pun sudah boleh mengakibatkan letupan jika terdapat percikan api.

Maka para penyelidik yang terlibat dalam proses cari gali minyak berkenaan mengambil keputusan untuk membakar kawah tersebut, dengan harapan api itu akan padam selepas membakar semua gas yang terbebas dalam masa beberapa minggu.

Namun, perlu diketahui Negara Turkmenistan sangat kaya dengan galian gas asli. Sumber minyak dan gas di dalam perut bunyinya sangat melimpah ruah sehingga menjadi negara keenam dunia mempunyai paling banyak sumber gas asli.

$ads={2}

Sehingga ke hari ini, selepas lima dekad berlalu api yang membakar kawah gas Darvaza itu masih terus menyala tanpa henti.

Kini kawah gas itu telah menjadi salah satu tarikan pelancong di Turkmenistan. Lokasi Kawah Darvaza yang terletak 257 km dari Ashgabat, ibu negara Turkmenistan itu sering dikunjungi oleh ramai pelancong dari dalam dan luar negara.


Sampai ke hari ini, tidak dapat dipastikan berapa banyak agaknya jumlah gas yang sudah terbakar dan sampai bila api yang membakar kawah itu akan terus menyala. — EdisiRakyat.com, 19 Januari 2021

Post a Comment

Previous Post Next Post