Anak anjing berkaki enam kali pertama selamat dilahirkan di dunia

PARA doktor haiwan di hospital haiwan Oklahoma berkata, seekor anak anjing berkaki enam telah selamat dilahirkan di hospital itu. Peristiwa itu dipercayai kali pertama berlaku di dunia.

Pihak Neel Veterinary Hospital di Bandar Oklahoma berkata anak anjing itu diberi nama 'Skipper' dilahirkan dengan satu kepala dan rongga dada, namun mempunyai enam kaki, dua ekor, dua bahagian pelvic, dua salur kencing dan dua organ pembiakan.

Anak anjing berkaki enam

Hospital itu juga berkata bahawa Skipper merupakan anak anjing pertama berkaki enam yang pernah dilahirkan dengan selamat, dan meskipun menunjukkan tanda-tanda regangan tulang belakang, organ-organnya tampak dalam keadaan baik.

$ads={1}

"Kesemua kakinya boleh bergerak dan memberi tindak balas kepada rangsangan sama seperti seekor anak anjing normal. Namun ia mungkin memerlukan terapi fizikal dan bantuan untuk bergerak ketika umurnya meningkat," kata hospital itu menerusi kiriman Facebook.

Tambahnya lagi, Skipper "sangat kuat" dan baik-baik sahaja di rumah pemiliknya.

Sumber | facebook.com

Post a Comment

Previous Post Next Post