Mat Yo sah milik Melaka United FC (MUFC) musim ini

MELAKA UNITED FC ketika ini sedang rancak membuat persediaan bagi musim baru Liga Malaysia 2022. 

Hari ini Melaka United Football Club telah mengumumkan pemain baru mereka yang juga pemain berpengalaman dan bekas pemain kebangsaan iaitu Nurshahrul Idlan Talaha bagi memperkuatkan skuad mereka untuk musim ini.

Bekas pemain kebangsaan yang mesra dengan panggilan Mat Yo itu bermain untuk pasukan Sarawak United Football Club pada musim 2021.


Pemain lincah berumur 35 tahun itu juga pernah bermain untuk pasukan Liga 1 Thailand, BG Pathum United FC pada tahun 2020 dan sebelum itu pernah beraksi bersama Johor Darul Ta'zim FC, Felda United FC, Negeri Sembilan, ATM, Kelantan, Terengganu serta Skuad Tok Gajah, Pahang. 

Semoga kelincahan yang menjadi "trademark" Mat Yo sebelum ini akan dapat membantu Melaka United FC untuk memberi saingan kepada pasukan-pasukan lain dalam Liga Malaysia musim ini.

Kami di pihak Edisi Rakyat mengucapkan selamat maju jaya kepada Nurshahrul Idlan Talaha dan Melaka United FC.

Post a Comment

Previous Post Next Post