PRK Kajang: KEADILAN kerah semua jentera peringkat negeri dan nasional

,

EdisiRakyat.com


KEADILAN akan mengerahkan seluruh jentera di semua peringkat baik dari Selangor mahupun di peringkat nasional demi memastikan kemenangan Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Kecil, DUN Kajang. 

Timbalan Presiden parti itu dalam satu kenyataan kepada EdisiRakyat memaklumkan bahawa selaras dengan muafakat Pakatan Rakyat, KEADILAN Negeri Selangor menjamin kerjasama erat dengan PAS dan DAP di semua peringkat bagi menggerakkan jentera mereka.

Azmin yang juga merupakan Pengarah Jabatan Pilihan Raya Pusat, (JPRP) dan Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN selangor turut menyatakan komitmen penuh di dalam menggalas tanggungjawab memastikan kerusi N. 25 Kajang kekal milik Pakatan Rakyat.

Ekoran perletakan jawatan Saudara Lee Chin Cheh, Ahli Dewan Negeri Kajang pada 27 Januari 2014, Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat telah membuat keputusan bahawa kerusi N. 25 Kajang akan tetap dipertahankan oleh KEADILAN. 

Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat juga telah bersetuju untuk meletakkan Dato' Seri Anwar Bin Ibrahim sebagai calon Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Kecil tersebut. — EdisiRakyat.com