Lelaki cuba lupuskan mayat remaja 13 tahun direman

PIHAK Polis dilaporkan menahan reman seorang pekerja sebuah kedai perabot di Piawai, Miri bagi membantu siasatan pembunuhan remaja perempuan berusia 13 tahun.

Pegawai kanan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, Asisten Komisioner Datuk Dev Kumar dipetik sebagai berkata, tahanan reman selama tujuh hari terhadap suspek berusia 33 tahun dari Kuala Lumpur dikeluarkan oleh Majistret Zuraini Ali Musa di Mahkamah Majistret Miri pada hari rabu (10 Jan).

Berhubung motif pembunuhan, katanya pihak polis masih lagi menyiasat mengapa suspek dan mangsa berusia 13 tahun bertengkar.

"Ibu mangsa berusia 35 tahun yang bekerja di sebuah salon rambut, telah mengenali suspek selama dua tahun, namun baru menjalinkan hubungan dengan lelaki tersebut sejak tahun lalu," katanya seperti yang dipetik oleh Bernama.

Mangsa dipercayai telah dicekik di sebuah rumah sewa di Permyjaya, Miri sekitar jam 11 am pada hari Selasa, di mana dia tinggal bersama dengan kakaknya, ibu dan suspek.

Menurutnya lagi, kejadian itu berlaku ketika mangsa berseorangan bersama dengan suspek ketika kedua-dua ibu mangsa dan kakaknya masing-masing sedang bekerja dan bersekolah.

Katanya mangsa dikatakan dicekik sehingga mati ketika pertengkaran tersebut sebelum mayatnya dihumban ke dalam bonet sebuah kereta, untuk dilupuskan di sekitar Kuala Baram.

lupus mayat

Bagaimanapun suspek telah ditemui oleh pihak polis dari Balai Polis Miri, yang sedang melakukan rondaan. Suspek dilapor cuba melarikan diri dari tempat kejadian namun berjaya ditangkap di sebuah persimpangan berdekatan pelabuhan Miri pada jam 5.55pm hari Selasa. — EdisiRakyat.com, 11 Januari 2018

Post a Comment

0 Comments