Ahli politik gesa Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau diroboh segera

AHLI politik dari pihak kerajaan dan pembangkang menyeru pihak berkuasa lebuh raya untuk segera merobohkan Plaza Tol Batu Tiga dan Sungai Rasau kerana bimbang struktur binaannya boleh membahayakan lebih ramai pengguna jalan raya.


Ahli parlimen Shah Alam, dari Parti Amanah Negara Khalid Samad dilaporkan berkata, kemalangan yang telah berlaku sangat menyedihkan oleh itu beliau berharap pihak berkuasa segera merobohkan plaza tol terbabit.


"Saya faham ia mengambil masa untuk memindahkan struktur-struktur konkrit dengan selamat kerana pihak berkuasa perlu untuk mempertimbangkan keselamatan aliran trafik.


"Bagaimanapun saya seru pihak berkuasa mencari kaedah lain ada dia dapat dilakukan dengan cepat," kata Khalid.


Beliau mengulas kejadian kemalangan maut yang berlaku hari ini pada 12.55 pagi apabila dua individu dilaporkan terbunuh selepas kereta yang dinaiki mereka melanggar tiang Plaza Tol Batu Tiga yang sudah tidak digunakan.


Tol Batu Tiga

BACA — Dua lagi nyawa melayang rempuh Tol Batu Tiga


Dalam kejadian sebelum itu, dua orang sahabat maut manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan serupa Pada 15 di plaza tol yang sama.


Ketua Umno bahagian Shah Alam Datuk Azhari Shaari juga dilapor menyeru pihak berkuasa lebuh raya supaya mempercepatkan kerja-kerja perobohan kerana pengumuman untuk memindahkan struktur-struktur tersebut telah dibuat ketika pendengaran bajet pada bulan Oktober tahun lalu.


"Oleh kerana pengumuman telah dibuat untuk memansuhkan kedua-dua tol berkenaan, kami telah segera memaklumkan pihak berkuasa lebuh raya untuk memindahkan struktur-struktur tersebut,"


"Pengguna jalan raya berisiko tinggi terutama mereka yang tidak biasa dengan Lebuhraya itu tiada papan tanda yang jelas,"


"Ini menyebabkan kekeliruan dan menyumbang kepada kemalangan," katanya.


PLUS Malaysia Berhad dan pihak berkuasa Lebuhraya Malaysia telah memaklumkan bahawa kerja-kerja merobohkan binaan tol terbabit akan selesai sepenuhnya dalam bulan Mac. — EdisiRakyat.com, 19 Febuari 2018

Post a Comment

1 Comments

  1. pecahkn binaan tengah2 selang 2 2 dulu.. so tht jln lebih lebar sementara nk roboh yg lain.

    susah2 sgt suruh tentera robohkn sekelip mata je.

    ReplyDelete