Ads Top

Pengawal keselamatan belasah OKU ditahan

SEORANG pengawal keselamatan ditahan akibat mencederakan seorang lelaki kurang upaya di sebuah pasaraya di Tumpat Isnin lalu.


Salah laku lelaki berusia 26 tahun itu terbongkar apabila rakaman litar tertutup cctv yang merakam perbuatannya dimuat naik ke laman sosial sebelum tular Rabu lalu.


Dalam rakaman berdurasi satu minit 12 saat itu, pengawal keselamatan itu dilihat menumbuk mangsa di muka sehingga terjatuh sebelum memijak dada mangsa berusia 42 tahun terbabit.


Menurut laporan Harian Metro, ketua polis Daerah Tumpat Superitendan AB Rashid Mat Daud dipetik sebagai berkata, "Suspek telah ditahan kemarin sejurus laporan mengenai kejadian tersebut diterima."


pengawal keselamatan belasah OKU

Laporan berita itu juga menyebut ,siasatan awal mendapati bahawa mangsa dan suspek bekerja di pasaraya yang sama dan telah berlaku perselisihan faham antara mangsa dan suspek sebelum itu.


Menurut Ab Rashid lagi, "Perselisihan faham antara mangsa dan suspek menyebabkan mangsa dipukul sehingga tidak sedarkan diri kira-kira 6.24 petang.


Mangsa cedera di bahagian muka dengan kesan tumbukan dan darah, juga terdapat pembengkakan di bahagian belakang kepala akibat hentakan ketika terjatuh di lantai.


Mangsa dibawa ke Hospital Tumpat dan masih menerima rawatan di pusat perubatan berkenaan ketika ini."


Suspek dikenakan reman 4 hari dan akan disiasat Mengikut seksyen 323/506 Kanun keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dengan sengaja.— EdisiRakyat.com, 23 Mac 2018

No comments:

Powered by Blogger.