Empat sebab Amerika Syarikat mengebom Hiroshima dan Nagasaki

APABILA membaca cerita mengenai sejarah dunia, pasti ada antara kita yang kerap tertanya-tanya tentang pengeboman Hiroshima dan Nagasaki. Apakah yang menyebabkan Hiroshima dan Nagasaki menjadi sasaran Amerika Syarikat?

Amerika Syarikat telah menghabiskan saban tahun untuk mengatur serangan menggunakan senjata terbaru mereka dan akhirnya, tanggal 6 Ogos 1945 menjadi tarikh keramat serangan ke atas Hiroshima yang mengorbankan ratusan ribu nyawa yang tidak berdosa. Lalu persoalannya, mengapa ini berlaku?


1) Mahu Jepun menyerah kalah dengan kadar segera

Pada waktu itu, Perang Dunia ke-II  sedang berlaku dan telah berakhir di bahagian hadapan Barat. Jerman menjadi lemah dan lelah setelah Hitler membunuh diri yang membawa kepada Jerman menyerah diri secara beramai-ramai kepada sekutu.

Pada waktu itu, para Fasis Itali juga telah menyerah, malangnya Jepun masih utuh bertahan dalam peperangan itu menyebabkan Amerika mengatur rancangan untuk menundukkan Jepun.

pengeboman-Hiroshima

Pada persidangan Potsdam, Amerika telah memberi kata dua kepada Jepun untuk menyerah diri atau akan mengalami kemusnahan yang dahsyat. Malangnya perdana Menteri Jepun ketika itu, iaitu Kantaro Suzuki tidak mempedulikan amaran Amerika syarikat.


2) Projek Manhattan

Pada tahun 1939, Saintis Albert Einstein dan Leo Szilard telah menulis surat kepada Presiden Roosevelt mengesahkan khabar angin bahawa saintis Nazi cuba mengembangkan senjata nuklear yang menakutkan.

Ini membuatkan Amerika Syarikat menjadi paranoid dan memulakan Projek yang dipanggil Projek Manhattan. Walaupun namanya seolah-olah menunjukkan kajian dibuat di Manhattan, tapi sebenarnya kebanyakan percubaan kajian dilaksanakan di padang pasir New Mexico.

Akhirnya, pada Julai 1945, para saintis Amerika Syarikat berjaya meletupkan bom atom pertama di dunia di dalam satu ujian yang dipanggil ujian Triniti. Ia dinamakan sebegitu oleh pengarah makmal New Mexico bernama Robert Oppenheimer bersempena Trinity Kristian, atau dipanggil tiga bentuk Tuhan.

Ayat keramat yang digunakan beliau pada hari kejayaan pelancaran bom itu yang menghantui orang ramai adalah,

"I am become Death, destroyer of worlds."

Sejak itu, bermulalah Zaman Atom dalam sejarah manusia.



3) Amerika Syarikat berhasrat untuk menggegarkan dunia dengan rancangan yang terbaik

Amerika Syarikat merasakan cara untuk menghentikan peperangan pada masa itu adalah dengan melakukan satu tindakan yang paling drastik dan singkat, yang dapat membuat kemusnahan sekelip mata.

Mereka berpendapat bahawa Hiroshima mempunya kepadatan penduduk yang sesuai yang mana ketika itu anggaran penduduk di sana adalah lebih kurang 320,000 orang. 

Sebelum Hiroshima, terdapat pertimbangan untuk mengepung pengkalan tentera Jepun yang terpencil serta Tokyo Bay. Walau bagaimanapun, kawasan tersebut tidak cukup menepati piawaian mereka kerana kekurangan penduduk yang mana sebahagian wilayah di Tokyo telah musnah akibat serangan udara kecil yang terjadi di Tokyo pada bulan April 1942.

Mereka akhirnya, memilih Hiroshima bukan sahaja kerana kepadatan penduduk, malah Hiroshima mempunyai pengkalan tentera tersendiri dan pelabuhan penting di tengah kota.

Kurang dari sebulan selepas Ujian Triniti, Amerika menjatuhkan bom pertama mereka menggunakan pesawat bernama Enola Gay yang dikemudikan oleh Pilot Kolonel Paul W. Tibbets pada tanggal 6 Ogos 1945.

Amat menyedihkan membayangkan di hening pagi, di saat ada anak kecil yang sedang berlari riang, ada ibu yang sedang menyediakan sarapan untuk anak, dan di kala ada yang sedang bergelak tawa tanpa mereka tahu nasib malang bakal menimpa, lebih kurang jam 8.15 pagi, bom atom yang diberi nama "Little Boy" membedil Hiroshima dan meledak dalam radius 1.6 km.

Ia mengakibatkan lebih kurang 11km persegi kawasan kota terbakar dengan dahsyat dan mengakibatkan tidak kurang 70, 000 penduduk malang terkorban dan kira-kira 10, 000 mati akibat radiasi, pelbagai kecederaan dan kekurangan ubat-ubatan.

Lebih menyayat hati, penduduk yang terselamat dalam kejadian itu bukan sahaja menderita efek dari kesan radiasi bom, malahan menderita emosi yang maha hebat di kala menyaksikan mayat yang bertebaran yang tidak mampu dikenal pasti.

Hiroshima

Bayangkan bom yang meletup itu menyebabkan haba mengubah pasir menjadi kepingan-kepingan kaca dan menyembur bilah-bilah zarah radioaktif yang dikenali sebagai triniti . Ia menghujani ratusan nyawa yang tidak berdosa.


4) Menukar rancangan di saat akhir dan menyerang Nagasaki

Dua hari selepas serangan di Hiroshima, Amerika Syarikat ingin menyasarkan serangan ke wilayah Kota Kokura yang mana kota tersebut mempunyai gudang senjata terbesar di Jepung penuh dengan senjata angkatan laut dan darat serta kenderaan perang.

Tetapi, masalah teknikal terjadi di mana pesawat yang mengangkut sejenis bom dipanggil "Fat Man" telah lewat 30 minit dari jadual awal. Ini disebabkan oleh pembentukan awan hitam di Kota Kokura kerana asap bekas pengeboman di  Yahata sehari sebelum dan Pabrik Baja Yawata yang sengaja membakar tar batu bara agar menghasilkan asap hitam sehingga menutup target serangan.

Pesawat melakukan pusingan berapa kali di langit Kokura dan mulai kehilangan banyak bahan bakar menyebabkan mereka mengalihkan sasaran yang ada dalam catatan iaitu Nagasaki.

Nagasaki adalah satu kota yang tidak kurang hebat yang mana memiliki banyak aktiviti industri termaksud menghasilkan artileri, kapal dan kelengkapan ketenteraan lain serta mempunyai pelabuhan sendiri.

Tanggal 9 Ogos 1945, satu tarikh yang amat disesali oleh tentera yang mengawal di situ. Pada saat itu, mereka melihat dua pesawat B-29 Superfortress berlegar-legar di ruang udara Nagasaki namun mereka menganggap bahwa pesawat tersebut hanya ingin mengintai. 

Kerana kekhilafan, mereka tidak menghidupkan siren amaran ledakan. Tepat jam 11.02, "Fat Man" dilancarkan yang mana menciptakan bola api yang suhunya mencapai 3900 darjah Celsius. 

Kebanyakkan rumah yang diperbuat daripada kayu dan tanah yg musnah dan kira-kira 22, 000- 75,000 orang terbunuh ketika. Jumlah sebenar tidak dapat dipastikan kerana keadaan mayat yang terbakar teruk.

"Fat Man" memiliki daya ledak yang lebih besar tapi kesan kemusnahan tidak seteruk di Hiroshima kerana terbatas oleh kewujudan lembah berbukit Urukami.

Akhirnya, kerana kemusnahan yang maha dahsyat yang melumpuhkan sebahagian besar wilayahnya, Jepun akhirnya mengumumkannya penyerahan kalah kepada pihak Berikat pada tanggal 15 Ogos 1945.

Bom

Pada tanggal 2 September 1945 di atas kapal tempur kelas lowa milik Amerika Syarikat, Jepun menandatangani dokumen kapitalis yang menandakan berakhirnya perang dunia ke-II di kawasan Asia Pasifik.

74 tahun kemudian, pada tanggal 6 Ogos, 10, 000 orang berkumpul di satu majlis di Peace Memorial Park dan melakukan upacara diam selama satu minit pada jam 8.15 pagi sebagai tanda memperingati tragedi tersebut.

Sejak itu, Datuk Bandar Hiroshima  menggesa Jepun mengharamkan penggunaan nuklear secara global.

Apa jua alasan, ia adalah tindakan yang sangat kejam.-EdisiRakyat.com, 9 Oktober 2020

Post a Comment

Previous Post Next Post