Rusuhan Little India Singapura , 5 lagi warga India didakwa

,

EdisiRakyat.com

LIMA lagi warga India akan didakwa hari ini berhubung insiden rusuhan di Little India, Ahad lepas.
   
Polis Singapura berkata lima warga terbabit berumur antara 24 hingga 45 tahun itu merupakan tangkapan terbaharu berhubung insiden itu.
   
Mereka akan didakwa atas kesalahan merusuh mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan. Setakat ini 27 warga India didakwa di mahkamah atas kesalahan sama.
   
Rusuhan meletus pada Ahad malam berikutan kemalangan maut melibatkan seorang warga India berumur 33 tahun di Little India — Bernama