Anak Tun Mahathir sertai himpunan pertahan penganut Kristian

,

EdisiRakyat.com

DALAM kehangatan pihak tertentu yang merancang mahu mengadakan himpunan di depan gereja-gereja di Selangor bagi membantah penggunaan kalimah Allah oleh Penganut Kristian, satu himpunan soladiriti bersama penganut Kristian pula muncul.

Antara yang turut dilaporkan menyertai himpunan tersebut ialah Marina Mahathir, anak kepada mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir. 

Portal Malaysiakini melaporkan, himpunan solidariti yang diadakan di hadapan sebuah gereja  di Klang itu sebagai himpunan balas kepada himpunan yang mahu dianjurkan oleh Umno Selangor di tempat yang sama.

Datuk Marina Mahathir, dilaporkan membawa bunga sambil berdiri di hadapan gereja Our Lady of Lourdes yang sedang mengadakan satu upaca agama Kristian.

Ia berikutan ancaman NGO Solidariti Ummah Selangor yang mengumumkan untuk mengadakan bantahan di luar gereja tersebut selepas pengarang penerbitan The Herald, Lawrence Andrew membuat kenyataan menegaskan orang Kristian akan terus menggunakan kalimah Allah — EdisiRakyat.com