Sijil ICJ iktiraf Noor Jan sebagai Sultan Melaka palsu kata Idris Haron

,

EdisiRakyat.com

MAHKAMAH Keadilan Antarabangsa, CIJ mengesahkan bahawa satu sijil yang didakwa dikeluarkan olehnya dan mengiktiraf Noor Jan Tuah sebagai Sultan Melaka adalah palsu, lapor The Star memetik kenyataan Ketua Menteri Melaka, Datuk Idris Haron. 

Semalam, Idris Haron dipetik sebagai berkata "Dakwaan Noor Jan bahawa dia merupakan Sultan Melaka adalah jelas sekali satu pembohongan"

Sebelum ini Idris dilaporkan telah menerima sepucuk surat daripada Noor Jan, mendakwa ICJ mengiktirafnya sebagai Sultan.

Noor Jan direman sehingga Sabtu ini untuk membantu siasatan polis terhadapnya di bawah Akta Hasutan.

Ahli perniagaan berusia 56 tahun itu dibawa keluar dari Komplek Mahkamah Ayer Keroh ke dalam van polis dan dipercayai untuk dibawa ke ibu pejabat Polis Daerah Melaka Tengah semalam.

None of his followers or supporters was seen near the complex.

Tiada pengikut ataupun penyokongnya dilaporkan di sekitar komplek mahkamah.

Noor Jan ditahan oleh polis berpakaian biasa di Jeti Tanjung Batu, Serkam Jasin Selasa lalu sejurus sebelum menaiki feri menuju ke Pulau Besar bersama pengikut dan penyokongnya untuk menghadiri satu majlis kenduri kesyukuran "kebangkitan semula Sultan Melaka".

Kenduri itu dilaporkan berlangsung tanpa kehadiran "Sultan" dan orang ramai yang menghadirinya kembali dari pulau tersebut menjelang waktu petang.

Noor Jan pernah disiasat pada 2006 atas dakwaan menipu di Melaka, namun tidak dikenakan sebarang pertuduhan di mahkamah, kini disiasat di bawa seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 — EdisiRakyat.com