Pengerusi MyWatch dakwa lihat OKT hisap ganja dalam lokap

PENANGKAPAN berulang kali pihak Polis terhadapnya sebelum ini disifatkan sebagai membawa hikmah kerana ia membolehkan beliau melihat sendiri pelbagai salah laku yang berlaku di dalam lokap. Itu kata Pengerusi NGO Pemantau Jenayah, MyWatch Datuk R Sri Sanjeevan melalui akaun twitter miliknya.

Sanjeevan mendakwa beliau melihat sendiri bagaimana Orang Kena Tahan, OKT menghisap ganja ketika beliau direman di Lokap Kajang sambil mempersoalkan bagaimana barang terlarang itu dibenarkan masuk ke dalam lokap.


Sanjeevan yang menjangkakakn bahawa dirinya akan ditangkap lagi pada minggu hadapan turut menulis satu 'tweet' kepada akaun Twitter rasmi Polis Diraja Malaysia, PDRM meminta supaya dirinya diberikan satu telefon bimbit untuk dibawa masuk ke dalam lokap agar beliau dapat memberikan bukti secara terus kepada pihak polis dari dalam lokap nanti.

Sanjeevan seorang aktivis yang dilihat bergerak secara 'solo' dengan mendedahkan pelbagai salah laku dan jenayah terutama melibatkan pihak berkuasa. Beliau kerap mendedahkan lokasi-lokasi rumah perjudian dan pelacuran yang beroperasi secara haram di pelbagai lokasi di Johor, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur —EdisiRakyat.com


Post a Comment

Previous Post Next Post