Fara Fauzana batal perkahwinan selepas mohon petunjuk daripada Allah

,

EdisiRakyat.com
SELEPAS memikirkan perkara ini sedalam-dalamnya, juga memohon petunjuk dan hidayah daripada Allah, membincangkan bersama keluarga terdekat, keputusan yang dibuat itu adalah terbaik.

Itulah antara luahan personaliti terkenal Fara Fauzana, 36 atau nama sebenarnya Fara Fauzana Mohd Fadzli dalam kenyataan media mengumumkan pembatalan majlis perkahwinanya dengan seorang jejaka ahli perniagaan bernama hafiz.

"Keputusan membatalkan pernikahan saya dengan pemuda bernama Hafiz seperti yang saya umumkan pada sidang akhbar 1 Ogos lalu, dibuat atas sebab-sebab yang terlalu peribadi..." katanya dalam kenyataan medianya semalam (Ahad).

Fara turut berkata bahawa beliau memerlukan ruang untuk menenangkan fikiran ketika melalui waktu yang amat sukar ini.



Sementara itu, Hafiz yang sepatutnya bernikah dengan fara pada 17 September ini, ketika dihubungi dilaporkan enggan memberikan sebarang ulasan berhubung perkara itu dalam masa terdekat.

"Setakat ini saya tiada sebarang komen. Tunggulah sehari dua nanti. Saya pun baru tahu mengenai kenyataan media itu daripada pemberita yang menghubungi saya," katanya selepas merujuk kenyataan media Fara yang mengumumkan majlis pernikahan mereka dibatalkan.

Pada 1 Ogos lalu, Fara Fauzana mengumumkan tarikh 17 September 2016 sebagai tarikh pernikahann beliau dengan seorang jejaka ahli perniagaan bernama Hafiz, tanpa mendedahkan maklumat serta idenditi lelaki berkenaan — Edisirakyat.com, 5 September 2016