UKM dan IUKL turut nafi anugerahkan PhD kepada Azizan Osman

UNIVERSITI Kebangsaan Malaysia, UKM dan Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur, IUKL pula dilaporkan tampil membuat penafian pernah menganugerahkan ijazah doktor falsafah (PhD) kepada mana-mana individu bernama Azizan Osman.

Nama Azizan Osman dilaporkan tidak pernah tersenarai sebagai penerima anugerah PhD oleh kedua-dua universiti berkenaan.

Jurucakap Pusat Siswazah Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM dilaporkan sebagai berkata, semakan mendapati tiada individu dengan nama sedemikian memiliki PhD dalam jurusan psikologi seperti yang didakwa.




"Sebaik isu ini diperkatakan, pihak Pusat Siswazah terus membuat semakan dan tiada individu dengan nama Azizan Osman memiliki Ijazah PhD dari UKM," katanya seperti yang dilaporkan oleh Berita Harian Online.

IUKL pula menafikan bahawa University itu pernah menganugerahkan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dan Phd kepada Azizan Osman.

Menurut IUKL dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, "Pihak IUKL mengesahkan tidak pernah menganugerahkan kedua-dua ijazah itu kepada Azizan Osman,".

Sebelum ini pihak Universiti Malaysia telah mengesahkan melalui laman facebook bahawa universiti itu tidak pernah menganugerahkan Ijazah Doktor Kehormat kepada AzizanEdisiRakyat.com, 30 September 2016
Previous Post Next Post