Makan sandwich telur berbau busuk, 62 pelajar keracunan makanan

,

EdisiRakyat.com
GARA-GARA makan sandwich telur yang berbau busuk, 62 pelajar dari Sekolah Menengah Agama Sheikh Abdul Malik, Kuala Terengganu dikejarkan ke wad kecemasan Hospital Sultanah Nur Zahirah akibat keracunan makanan.

Jumlah pelajar yang terjejas seramai 32 orang perempuan dan 30 lelaki yang tinggal di asrama sekolah berkenaan.

Beberapa orang pelajar yang terlibat mendakwa, mereka makan roti sandwich telur yang berbau busuk kira-kira jam 10:30 malam semalam selepas tamat waktu mengulang kaji pelajaran di asrama.



Setakat ini 11 pelajar masih dirawat di wad kecemasan.

Pihak sekolah bagaimanapun dilaporkan enggan memberi maklum balas tentang kejadian itu. — EdisiRakyat.com, 19 Oktober 2016