Ads Top

Doktor dituduh guna sperma sendiri hamilkan pesakit

SEORANG wanita dari Kanada menyaman seorang doktor kesuburan setelah mengetahui bahawa dia menggunakan sperma sendiri untuk menghamilkan ibunya.

Wanita itu yang dikenali sebagai Rebecca Dixon, 26, sentiasa mengesyaki ada sesuatu yang berbeza tentang dia apabila dia semakin membesar. Dia merasa pelik kerana ibu bapanya berkulit putih dan mempunyai mata biru, sementara dia lebih gelap dan mempunyai mata coklat. Selama bertahun-tahun ibu bapanya meyakinkan Rebecca bahawa dia adalah anak kandung mereka dan tiada apa yang pelik mengenai dirinya tetapi Rebecca tetap berasa curiga.

Menurut yang dilaporkan New York Post, kebenaran akhirnya terungkai apabila dia disahkan menghidap penyakit seliak, iaitu sejenis penyait keturunan yang mana tiada satupun ahli keluarganya menghidap penyakit itu menyebabkan dia tersedar ada sesuatu yang tidak kena.

Rebecca nekad menjalani beberapa ujian darah bersama ibu bapanya iaitu Daniel dan Davina dan mendapati bahawa 'ayahnya' berdarah AB sementara dia berdarah O+ yang menunjukkan Daniel bukan bapanya. Perkara ini di sahkan melalui ujian paterniti yang dijalankan.

Rebecca merupakan anak yang dihasilkan melalui inseminasi iaitu persenyawaan yang dilakukan tanpa hubungan seks dengan cara menyuntik sperma ke dalam uterus setelah ibu bapanya mencuba selama setahun untuk mendapatkan anak.

Menurut sumber yang melaporkan lagi, Rebecca meluahkan kepada penduduk Ottawa bahawa kebenaran ini benar-benar mengejutkannya. Dia merasa tidak adil dan berasa marah bagi pihak ibu bapanya yang di tipu dan dikhianati.

Klinik kesuburan di mana proses persenyawaan itu berlaku terdahulu beroperasi di bawah khidmat Dr. Norman Barwin, yang kemudiannya di ketahui telah terlibat dalam menghamilkan ibu kepada seorang wanita bernama Kat Palmer.

Dr. Norman Barwin

Pada tahun 2013, Dr Barwin telah digantung dari bertugas di klinik itu selama 2 bulan akibat melakukan prosuder inseminasi yang salah dengan menyuntik empat wanita dengan sperma yang salah tetapi akhirnya dia menamatkan perkhidmatannya di klinik itu setahun kemudian.

Rebecca menemui Kat Palmer pada bulan September dan mendapat tahu bahawa Kat juga disenyawakan di klinik yang sama 6 bulan sebelum Rebecca. Melalui beberapa ujian DNa yang Kat dan Rebecca jalani menunjukkan mereka merupakan adik beradik hasil dari bapa yang sama iaitu Dr Barwin.

Rebecca dan ibu bapanya memfailkan saman kepada Dr Barwin dan meminta supaya Dr Barwin untuk memberikan sampel DNA agar org lain yang pernah melakukan rawatan kesuburan di klinik itu boleh mengenalpasti sama ada mereka juga anak-anak Dr Barwin ataupun tidak.

Tuntutan saman itu berbunyi: Kelakuan Dr Barwin yang melampaui batas, penggunaan sperma sendiri dalam prosedur inseminasi menunjukkan sikap beliau yang tercela pada kesihatan, keselamatan dan hak plaintif.

Rebecca menyatakan bahawa walaupun kebenaran sudah terungkap, perasaan cinta dan sayang mereka sekeluarga tidak akan berubah. Walaupun semua orang rasa kebenaran ini akan merubah banyak perkara,tetapi tidak bagi mereka sekeluarga. — EdisiRakyat.com, 27 Februari 2017

1 comment:

  1. yg lebih bijak ialah patutnya hubungan kelamin tanpa persenyawaan

    hihih dunia dunia

    ReplyDelete

Powered by Blogger.