Ads Top

Jus menguruskan badan yang berkesan dan sesuai diambil setiap hari

PENGAMBILAN jus merupakan menu sihat yang sesuai diamalkan dalam diet harian. Selain menambah baik kesihatan, ia juga berupaya meningkatkan sistem metabolisma seterusnya membantu menguruskan badan anda jika diambil setiap hari.

Bagaimanapun harus diketahui bukan semua jus efektif untuk diminum. Berikut adalah beberapa jenis jus yang dicadangkan bagi mengurangkan berat badan.

KOMBINASI JUS BUAH DAN SAYUR

Ramai orang sedia maklum bahawa sayur-sayuran dan buah-buahan amat bagus untuk kesihatan. Apabila keduanya digabungkan untuk menghasilkan jus minuman maka ia adalah satu langkah yang cukup bijak.

Lazimnya bahan campuran yang digunakan ialah sawi, epal, dan perahan lemon. Kandungan zat antioksidan yang tinggi termasuk potassium berserta serat di dalamnya dipercayai berkesan untuk proses menurunkan berat badan.

AMALKAN JUS EPAL

Bagi mereka yang mementingkan kesihatan disarankan agar mengambil epal sebaik-baiknya setiap hari. Selain mendapatkan tubuh sihat ia juga mampu menurunkan berat badan dalam tempoh yang singkat.

Sekiranya anda bosan mengambil epal secara biji maka bolehlah ditukar ke bentuk jus dengan mencampurkannya bersama daun saderi dan sedikit perahan lemon.

Minuman ini boleh diambil ketika bersarapan. Kandungan serat dari jus ini membuatkan anda mudah merasa kenyang.


BUAH PIR YANG SUNGGUH BERKHASIAT

Buah pear sememangnya kaya dengan vitamin, mineral, kalium, magnesium, dan fosforus. Di sebabkan kandungannya yang cukup bermanfaat itulah maka ia amat membantu dalam proses menurunkan berat badan.

Barangkali sebelum ini ia hanya dikenali sebagai buah-buahan biasa tetapi bagaimana pula setelah anda mengetahui hasiatnya teruskanlah mencuba.

JUS LOBAK UNTUK KURUS

Selain buah-buahan dan sayur-sayuran di atas anda juga boleh mencuba lobak untuk menurunkan berat badan. Lobak kaya dengan vitamin A dan tinggi magnesium, kalsium, kalium, dan keratin.

Kandungan nutrisi tersebut berupaya meningkatkan sistem kekebalan tubuh disamping membantu dalam proses menguruskan badan.




Oleh itu sekiranya anda serius untuk tampil langsing dan kurus amalkanlah jus buah-buahan serta sayur-sayuran yang sudah diketahui membantu untuk merealisasikan impian anda.

Jangan sekali-kali berputus asa sekiranya usaha anda yang pertama tidak membuahkan hasil. Boleh cuba lagi untuk kali yang kedua ketiga dan berikutnya.

Perlahan-lahan jadikan minuman jus seperti yang disyorkan di atas sebagai amalan harian. Ini merupakan kaedah pengambilan diet yang sihat.

 Anda mungkin seorang wanita yang berkerjaya, rutin harian kerja anda menjadikan anda tidak dapat mencuri masa untuk bersenam atau beriadah bagi menguruskan badan.

Pengambilan diet sihat seperti jus buah-buahan dan sayur-sayuran di atas tentu dapat membantu sedikit sebanyak untuk mencapai impian anda mendapatkan bentuk badan kurus dan langsing selama ini menjadi impian anda. — EdisiRakyat.com, 1 Februari 2017
Powered by Blogger.