Ads Top

Kucing dilempar dalam air mendidih hidup-hidup untuk dimasak kari

SEPASUKAN polis dan aktivis hak asasi haiwan telah berjaya menyelamatkan 16 ekor kucing yang di kurung untuk dilempar di dalam air mendidih sebelum dimasak kari di bandar Chennai India timur.

Sekadar gambar hiasan
Serbuan itu dilakukan pada hari jumaat selepas pihak berkuasa mendapati bahawa beberapa kedai-kedai makan di tepi jalan di kawasan Pallavaram di bandar ini telah menjual hidangan nasi beriani yang popular dengan daging kucing, menurut laporan beritaTimes of India.

Sukarelawan dari People For Animals (PFA) terdahulu telah menerima maklumat tentang kucing yang dikurung, diculik dan kemudian disiat kulitnya untuk mendapatkan daging mereka di sekitar kawasan bandar Pallavaram.

Dua aktivis dari hak asasi haiwan dari PFA terpaksa menyamar dan berkawan dengan pemuda tempatan yang terlibat dalam kegiatan kejam ini dan merakam perbuatan mereka mengurung dan menyiat kulit haiwan tersebut sebelum menyerahkan bukti rakaman kepada pihak polis Pallavaram agar tindakan undang-undang dapat diambil untuk menyelamatkan kucing-kucing malang itu.

Semua kucing ditemui dalam satu sangkar tunggal tanpa air. Dalam kenyataan Facebook yang dimuat naik oleh organisasi hak asasi haiwan, mereka menyatakan bahawa kucing-kucing itu telah dibunuh dengan kejam dengan cara dilemparkan ke dalam air mendidih, sambil menambah bahawa daging kucing sering dijual 'di bawah kategori daging kambing; untuk mengelirukan orang ramai.


Gambar yang dimuat naik dalam facebook People Of Animals (PFA)

Menurut seorang pegawai polis dari Pallavaram, G Venkatesan mengesahkan bahawa beliau telah menerima banyak aduan mengenai kucing peliharaan dicuri dari kediaman di kawasan ini.

"Apabila sukarelawan PFA datang kepada kami untuk meminta bantuan, pasukan kami terus bergegas untuk menyelamatkan kucing-kucing itu," Venkatesan memberitahu Times of India.

Menurut pengasas bersama PFA, Shiranee Pereira, kucing itu dikurung dalam keadaan yang teruk, mengalami dehidrasi dan kelaparan.

"Ia akan mengambil masa sekurang-kurangnya sebulan untuk kucing untuk pulih daripada trauma dan berkelakuan seperti biasa," tambah Pereira lagi.  — EdisiRakyat.com, 21 Februari 2017

No comments:

Powered by Blogger.