Polis Singapura mati dilanggar pemandu mabuk dari Malaysia

SEORANG pemandu dikatakan mabuk dari Malaysia dilapor telah melanggar mati seorang anggota polis Singapura yang sedang mengawal lalulintas pintu masuk ke republik itu di Checkpoint Tuas awal pagi hari Jumaat.


Sumber foto — Google

Strait Times Singapura melaporkan, dalam kejadian yang berlaku pada jam 2:30 pagi itu, Norman Samrin bersama dua lagi anggota polis bantuan daripada syarikat keselamatan Certis Cisco sedang mengawal lalulintas di lorong pertama susur pelepasan yang mempunyai tiga haluan kerana berlaku kemalangan kecil ketika itu.

Pemandu kereta tersebut, seorang rakyat Malaysia dipercayai telah memandu dengan laju dalam keadaan sering mengubah-ubah lorong ke kiri dan ke kanan, malah kereta kereta yang dipandu langsung tidak memperlahankan kelajuan ketika sudah hampir kepada mereka bertiga.

Ketiga-tiga mereka cuba melompat keluar daripada laluan kereta malangnya Lance Corporal Norman telah dirempuh dan tercampak jatuh di atas jalan.

Beliau mengalami kecederaan di kepala dan dikejarkan ke National University Hopital dalam keadaan sedar, namun disahkan meninggal dunia 1 jam kemudian akibat kecederaan yang dialami.

Pemandu kereta tersebut telah ditahan oleh pihak berkuasa sejurus selepas kejadian kemalangan itu berlaku.

Seorang jurucakap polis berkata, pemandu lelaki berusia 28 tahun itu telah ditahan kerana menyebabkan kematian akibat tindakannya memandu secara berbahaya dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Ketika dihubungi seorang jurucakap imigresen dan pihak berkuasa checkpoint, (ICA) berkata: "Pihak ICA merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa, dan akan bekerjasama dengan Certis Cisco untuk menghulurkan sebarang bantuan yang perlu kepada keluarganya,".

Tambahnya lagi, beliau tidak boleh mengeluarkan ulasan lanjut tentang kejadian kemalangan tersebut kerana pihak polis sedang menjalankan siasatan. — EdisiRakyat.com, 11 Februari 2017

Post a Comment

Previous Post Next Post