Ads Top

Gajah mengamuk bunuh pelatih zoo di Jepun

SEEKOR gajah dilaporkan tiba-tiba mengamuk menyerang pelatihnya sekaligus mengakibatkan mangsa mati di tempat kejadian. Insiden itu dilaporkan berlaku di sebuah Zoo di Jepun.

Wichai Madee yang berasal dari Thailand dikatakan sedang memandikan seekor gajah India bersama seorang lagi rakannya di Adventure World di barat Wakayama, sebelum gajah tersebut dikatakan menghayun belalainya menyerang mangsa.



"Haiwan tersebut mungkin tiba-tiba meradang, ia menghayunkan belalainya memukul orang yang sedang bertugas di hadapan gajah tersebut," kata seorang jurucakap polis seperti yang dilakukan oleh sumber berita AFP.

"Mangsa seperti ditekan keras dan dipukul ke sangkar atau lantai di bahagian kepala," katanya.

Kakitangan lain di zoo berkenaan telah menghubungi polis mendakwa salah seorang pekerja telah diserang oleh seekor gajah," lapor sumber berita swasta TBS.

Lelaki berusia 37 tahun itu seorang pelatih gajah telah dikejarkan ke hospital sebelum disahkan meninggal kemudian kata pihak polis.

Kejadian itu berlaku sebelum zoo berkenaan dibuka untuk kunjungan orang ramai — EdisiRakyat.com, 12 Mac 2017

No comments:

Powered by Blogger.