Ads Top

Wanita Thailand dakwa dirogol Pegawai Imigresen di pusat tahanan

SUMBER berita News Strait Times melaporkan seorang wanita Thailand mendakwa dirinya telah dirogol dan dipaksa melakukan seks oral oleh seorang pegawai imigresen di Depot Tahanan Imigresen Machap Umboo Alor Gajah, Melaka awal bulan ini.

Insiden itu dilaporkan mula terbongkar selepas wanita berusia 32 tahun itu memberitahu pengalaman ngeri itu kepada salah seorang adik perempuannya.

Bercakap kepada pihak media semalam, adik kepada mangsa mendakwa dia dan seorang lagi rakannya telah pergi ke sebuah pusat urut di Melaka Raya pada 7 Mac lalu untuk berjumpa dengan kakaknya yang bekerja di situ.



Bagaimanapun, pihak Jabatan Imigresen telah menyerbu pusat urut berkenaan pada jam 11 malam.

Kedua-dua adik beradik itu bersama-sama dengan tiga lagi pekerja wanita telah ditahan dan dibawa ke pusat tahanan imigresen pada hari berikutnya.

Kelima-lima mereka telah dibawa dan ditahan di Depot Tahanan Imigresen Machap Umboo.

"Setiap daripada kami telah disoal siasat secara berasingan, Kakak saya yang mula-mula sekali masuk ke dalam bilik soal siasat,"

"Dia berada di dalam bilik tersebut selama kira-kira 15 minit Sebelum dia keluar dan kelihatan marah,"

"Apabila saya bertanya kepadanya kenapa, dia memberitahu saya bahawa dia telah dirogol," dakwa wanita berkenaan.

Menurutnya lagi, kakaknya telah memberitahu bahawa pegawai imigresen tersebut meminta untuk diurut dan kemudian merogolnya tanpa menggunakan kondom. Pegawai itu juga memaksanya melakukan seks oral.

"Akibatnya, kakak saya telah termuntah," dakwanya.

"Saya akhirnya telah dibebaskan selepas menunjukkan bukti bahawa saya memiliki dokumen yang sah," katanya yang juga telah berkahwin dengan seorang lelaki tempatan.

Suaminya yang berusia 34 tahun dan berasal daripada Seremban turut hadir dalam sidang media tersebut.

Marah dengan tindakan rogol terhadap kakaknya itu, si adik yang juga merupakan seorang suri rumah telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Melaka Tengah. — EdisiRakyat.com, 23 Mac 2017

No comments:

Powered by Blogger.