Ads Top

Angkara ditinggalkan isteri, anak digantung secara live di "Facebook"

SEORANG bayi malang berusia 11 bulan mati digantung secara langsung di "Facebook live" sambil disaksikan ribuan penonton termasuk ibu mangsa sebelum bapanya, 21 tahun nekad menggantung diri.

Dalam klip berdurasi lebih kurang 4 minit yang disiarkan lebih kurang jam 5.45 petang, kelihatan bapa bayi malang itu sedang mengikat simpulan di leher anak perempuannya di tingkat paling atas sebuah bangunan usang sebelum melepaskan anaknya ke bawah.



Anaknya kemudian kelihatan tergantung seketika dan kedengaran suara tangisannya yang sayup-sayup sebelum ditarik naik semula.

Dia kemudiannya melepaskan ikatan di leher anaknya dan hanya kedengaran anaknya menangis seketika sebelum elaki itu menghentikan.

Ibu mangsa yang menyedari video itu di "Facebook" segera ke balai polis untuk mendapatkan bantuan sambil membawa rakaman lebih kurang jam 6.30 petang itu tetapi sudah terlambat kerana anaknya sudah tidak bernyawa.

Pihak polis cuba mengesan kawasan bangunan itu dan mendapati ia sebuah bangunan tinggal berdekatan sebuah hotel 5 bintang di Pantai Naithon, di Tambon Cheong Thalay daerah Thalang.

Polis menemui mayat lelaki itu tergantung bersebelahan mayat anaknya di mana dia tidak merakam dirinya membunuh diri.

Menurut ibu bayi malang itu, sebelum kejadian dia telah bertengkar dengan suaminya yang mengesyaki dia mempunyai hubungan dengan lelaki lain.

Dia kemudiannya meninggalkan rumah mereka selepas suaminya memeriksa telefon bimbitnya dan mengugut untuk membunuhnya pada kira-kira jam 3 petang hari sama.

Pihak pengurusan Facebook mengakui bahawa siaran pembunuhan dan bunuh diri telah menjadi satu isu yang perlu di pandang berat kerana semakin kerap berlaku.

"Kami mempunyai banyak kerja, dan kami akan terus melakukan apa yang kami mampu untuk mengelakkan tragedi seperti ini daripada berlaku," kata pengasas Facebook, Mark Zuckerberg ketika berucap di persidangan pemaju tahunan Facebook minggu lalu.

Beliau merujuk kepada video pembunuhan di Cleveland yang telah dimuat naik ke Facebook pada 16 April lalu di mana seorang lelaki Cleveland telah menembak dan membunuh Godwin, seorang datuk berusia 74 tahun yang sedang dalam perjalanan pulang dari makan bersama keluarga. — EdisiRakyat.com, 26 April 2017.


Sumber: The star online

No comments:

Powered by Blogger.