Ads Top

Sembunyi syabu dalam dubur, pelakon Benjy ditahan di lapangan terbang

PELAKON yang tidak asing lagi di kalangan peminat di Malaysia, kerana pernah ditahan berhubung penyalah gunaan dadah sebelum ini, Khaeryll Benjamin Ibrahim atau lebih dikenali dengan nama Benjy dilapor telah ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kualanamu, Indonesia selepas didapati menyembunyikan dadah jenis syabu di dalam duburnya.

Pelakon berusia 38 tahun itu yang mempunyai rekod lampau berkaitan kesalahan dadah dilaporkan telah ditahan oleh beberapa Pegawai Jabatan Kastam di lapangan terbang tersebut pada hari Selasa.



Pengarah Jabatan Kastam dan Eksais, Zaky Firmansyah dilapor memberitahu sejumlah 14 gram syabu telah ditemui disembunyikan di dalam duburnya dan Benjy mengaku bahawa dia telah membeli dadah tersebut daripada seorang individu di Kuala Lumpur.

Pelakon itu telah diserahkan kepada jabatan antinarkotik Sumatera Utara untuk siasatan lanjut.

Sebelum ini, Benjy menjadi tajuk hangat media tempatan kerana ditahan dalam empat kes membabitkan pemprosesan dan memiliki dadah di sekitar Lembah Klang dan Muar, Johor  EdisiRakyat.com, 21 April 2017

No comments:

Powered by Blogger.