Ads Top

Suri rumah bosan, kongsi teknik solekan raih 700,000 pengikut di Facebook

NABILA Zulyadaini, 25, nama yang semakin popular dan tidak asing bagi pengguna laman sosial lebih-lebih lagi wanita. Bermula dengan bosan sebagai suri rumah, dia mula berjinak-jinak menggunakan kosmetik dan menghias wajahnya.



Ternyata tangannya mempunyai sentuhan magis yang mampu memberi penampilan yang memukau walaupun tidak mempunyai asas langsung dalam penggunaan alat kosmetik dan hanya suka-suka pada mulanya.

Ternyata, kerja keras dan dedikasinya selama tiga tahun membuahkan hasil apabila segala rakaman video cara dia menghias wajah yang dimuat naik di  laman facebooknya, Make up oleh Bellaz begitu diminati dan telah mempunyai lebih daripada 700,000 pengikut.

Beliau juga telah dijemput untuk mengendalikan bengkel solekan wajah di Brunei dan Singapura.

Kerana tertarik dengan cara dan teknik solekan yang ditampilkan Nabila atau lebih mesra dipanggil Bella, seorang peminat sanggup datang dari Dubai ke Malaysia hanya untuk menghadiri kelas beliau, di mana dia meletakkan yuran RM450 bagi setiap pelajar.

Berkat perniagaan yang semakin maju di samping mengajar teknik solekan dan menjual alatan kosmetik, suaminya kini menjadi pembantu yang sering memberi sokongan kepada Nabila.

"Saya bersyukur kerana suami saya berhenti kerja untuk membantu menguruskan perniagaan ini. Saya kerap bosan di rumah ketika menunggu dia pulang dari kerja, dan tiba-tiba idea untuk menceburi bidang solekan muncul di fikiran. Ia kini sumber utama pendapatannya," kata Nabilah ketika dihubungi di Alor Setar, Kedah seperti yang di petik dalam The Star.

Seramai 10,000 penonton akan melayari mukabuku untuk menonton siaran langsung teknik solekan glamour Bella di hadapan kamera.

Perkara yang sangat di sukai oleh peminatnya adalah mendengar celoteh Bella dalam loghat Kedah. Bella kini sedang menunggu hari untuk melahirkan anak keduanya.

Menurut Bella, ada satu perkara yang menyentuh hatinya sepanjang menceburi bidang solekan dan mengajar teknik solekan itu iaitu apabila ada antara pelajarnya yang walau tidak fasih dengan bahasa melayu tetapi masih mampu memahami dan menguasai apa yang di ajar Bella.

Semoga kisah Nabila ini mampu memberi sedikit inspirasi kepada suri rumah yang lain untuk mencuba dan mengasah bakat mereka untuk ditonjolkan di samping menjana pendapatan walaupun tidak bekerja. —EdisiRakyat.com, 7 April 2017

No comments:

Powered by Blogger.