Ads Top

Cuba rasuah Polis Singapura, rakyat Malaysia kena penjara

SEORANG rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura, dikenakan hukuman penjara selama empat minggu selepas didapati bersalah kerana cuba untuk merasuah seorang pegawai polis trafik di republik berkenaan.

Portal todayonline.com melaporkan, Sang Jia Weng, 30 cuba memberikan rasuah sebanyak SD30 (RM93) kepada sarjan Zulkifli Dzahari pada 11 Januari lalu selepas ditahan kerana tidak memasang tali topi keledar yang dipakainya secara kemas ketika menunggang motosikal.

Sang yang juga merupakan seorang buruh binaan dilaporkan menggumpal wang SD10 sebanyak tiga keping dan terus memasukkannya ke dalam poket seluar Zulkifli sebelum meminta anggota polis itu agar tidak mengeluarkan saman terhadap kesalahan yang telah dilakukannya.


Anggota polis itu dengan segera menangkapnya. Sang kali pertama didakwa pada 19 April 2017 atas tuduhan menawarkan rasuah.

Dia boleh dikenakan denda sehingga SD100,000 (RM309, 487) atau hukuman penjara sehingga 5 tahun lapor portal itu lagi. —EdisiRakyat.com, 4 Mei 2017

No comments:

Powered by Blogger.