Lelaki ditemui mati terjatuh dari bilik hotel selepas makan cendawan 'ajaib'

SEORANG lelaki warga Singapura berusia 23 tahun yang dikenali sebagai Ong Chee Seng ditemui mati selepas jatuh dari sebuah bilik hotel di pulau Bali Indonesia.

Menurut media Indonesia, mangsa yang merupakan seorang pelajar dilaporkan jatuh dari Hotel Terrace di Badung, Bali, hujung minggu alu.

Manakala, menurut laman berita Indonesia Tribun Bali melaporkan Isnin lalu, mangsa dilaporkan telah memakan sejenis cendawan yang kononnya ajaib yang mempunyai nama saintifik Psilocybe semilanceata dikatakan mempunyai kesan hallucinogenic apabila bercampur dengan jus oren yang diminum pelajar itu.



Mayatnya ditemui di lorong belakang Hotel Akmani, Jalan Legian Kuta Badung, dan dibawa ke hospital BIMC di Kuta.

Jurucakap Kementerian Luar Negeri apabila ditemubual oleh sumber The Straits Times Isnin lalu dipetik sebagai berkata bahawa Kedutaan Singapura di Jakarta memberikan bantuan konsular kepada keluarga rakyat Singapura itu yang telah meninggal dunia.— EdisiRakyat.com, 9 Mei 2017

Post a Comment

Previous Post Next Post