Ads Top

Rumah dipanah petir, wanita direnjat elektrik ketika gunakan telefon sedang dicas

TULAR satu perkongsian di laman Facebook di mana seorang wanita bernama Nik Nur Fila berkongsi pengalamannya terkena renjatan elektrik ketika menggunakan telefon yang sedang dicas.

Menurutnya, hari itu dia agak sibuk dengan urusan rumah tangga dan anak dan hanya sempat menggunkan telefon lewat petang dimana telefonnya ketika itu sedang di cas.

Pada waktu itu hujan sedang turun dan dengan tiba-tiba, dia terdengar petir berdentum menyebabkan dia tercampak ke hujung katil dan rumahnya terus hilang sambungan elektrik.



Kepalanya terasa berpinar, telinga berdesing, tangannya kebas dan sukar digerakkan sehingga tangisannya itu ketika itu tidak boleh didengari.

Kelihatan plug sambungan hangus, skrin telefonnya pecah, dinding rumah retak.



Dia berasa serik kerana mengabaikan nasihat orang lain yang mana sering berpesan jangan menggunakan telefon ketika dicas dan ketika hujan.

Ketika sedang memuat naik tulisannya di Facebook, tangannya masih terasa lebas, jarinya sudah mula boleh digerakkan ,telinganya masih berdesing dan dan tangannya masih kelihatan pucat akibat pengaliran darah yang masih terganggu.

Dia bersyukur kerana tiada terkena renjatan elektrik yang kuat dan tiada litar pintas yang berlaku sekaligus menasihatkan orang ramai agar tidak menggunakan telefon ketika dicas dan mencabut plug yang tidak digunakan ketika hujan jika tidak mahu merasai pengalaman ngeri "gegar otak, bengong kepala dan sebagainya".
Baginya, jika terkena renjatan elektrik ketika menyentuh suis basah tidak begitu kuat impaknya, tetapi jika terkena renjatan elektrik ketika petir begitu bahaya sehingga boleh membawa maut.— EdisiRakyat.com, 20Mei 2017

Sumber: Nik Nur Fila

No comments:

Powered by Blogger.