Ads Top

Panahan cinta siber, suri rumah rugi RM145, 000

BAHAGIA yang diimpikan, malangnya duka yang mendatang. Begitulah nasib seorang suri rumah kesunyian yang kerugian RM145,000 akibat diperdaya dengan ayat-ayat cinta oleh seorang lelaki British melalui laman Facebook.

Wanita berusia 30 tahun itu mula menjalinkan hubungan dengan seseorang lelaki yang dikenali sebagai Robert melalui media sosial beberapa bulan yang lalu.

Beberapa hari lepas, Robert memaklumkan kepada mangsa bahawa dia akan ke Sarawak atas urusan perniagaan.

Malang bagi wanita itu apabila terpedaya dengan Robert yang menagih simpati kononnya dia telah dirompak ketika berada di Sarawak menyebabkan dia kehilangan segala barang miliknya.



Menurut sumber, Robert memujuk mangsa untuk membantunya dengan mendeposit wang agar dia dapat membayar pihak imigresen dan beberapa agensi lain agar dia dapat bertemu mangsa di Johor.

Suspek juga meminta wang kononnya atas keperluan untuk melantik peguam di Sarawak.

Teruja dengan janji ingin bertemu, wanita itu tanpa ragu-ragu mendepositkan wang RM145, 000 seperti yang diminta malangnya suspek tidak dapat dihubungi selepas wang diterima.

Tersedar dirinya ditipu, wanita itu segera membuat laporan polis.

Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun keseksaan kerana menipu. EdisiRakyat.com, 1 Jun 2017

No comments:

Powered by Blogger.