Ads Top

Lelaki godam dan sebar gambar bogel teman wanita di Facebook

SEORANG lelaki dilapor telah menceroboh masuk ke dalam akaun Facebook milik teman wanitanya yang berusia 18 tahun, seterusnya memuat naik gambar bogel kekasihnya itu. 

Apabila beberapa orang pegawai polis cuba menahannya, dia bertindak agresif mengelar lengan salah seorang dari mereka.

Lelaki berkenaan dihukum penjara selama 6 tahun 2 bulan dan  6 hukuman sebat, kerana disabitkan bersalah oleh mahkamah atas tindakan mencederakan serta melanggar Akta Salahguna Komputer dan Cybersecurity.

Bagaimanapun identiti lelaki berkenaan tidak dapat didedahkan bagi melindungi mangsa.

Semasa perbicaraan berlangsung, mahkamah diberitahu pada 16 Mac tahun lalu, lelaki tersebut bertengkar dengan teman wanitanya yang berpunca apabila gadis itu dikatakan mula mengabaikan dirinya.

Empat hari kemudian, lelaki itu telah menceroboh masuk ke dalam akaun Facebook milik teman wanitanya dan membuat beberapa perubahan pada akaun itu juga mengubah kata laluannya sedangkan dia tidak berhak berbuat demikian.



Dia turut menceroboh masuk ke dalam akaun Gmail teman wanitanya dan turut mengubah kata laluan akaun berkenaan.

Pada 9 dan 10 Mac, dia telah mengirim satu gambar dan satu video bogel teman wanitanya di akaun Facebook itu.

Oleh kerana tidak dapat mengakses akaun Facebooknya sendiri, gadis tersebut mulai bimbang sekiranya lebih banyak gambar-gambar dan video-video bogel dirinya akan tersebar ke internet, maka dia telah membuat laporan polis pada 10 Mac.

Pada kira-kira jam 9.30 malam hari yang sama, 3 pegawai polis berpakaian biasa tiba di rumah lelaki berkenaan di Geylang East, Singapura.

Mereka telah mendapatkan bantuan gadis tersebut untuk menyusun satu pertemuan dengan lelaki itu di bawah blok apartmen tempat tinggalnya.

Inspektor Jimmy Tan, penunggu di lobi lif, manakala dua lagi pegawai polis menunggu di tangga bagi menyekat lelaki berkenaan daripada meninggalkan apartment.

Bagaimanapun, selepas menyedari seseorang berada di tangga cuba untuk menangkapnya, lelaki itu mengeluarkan sebilah pisau sepanjang 33cm yang disembunyikan di dalam seluar pendek yang dipakainya.

Ketika Tan menghampiri lelaki berkenaan dan sebelum dia sempat menunjukkan kad kuasa polis miliknya, lelaki itu telah melibas pisau tersebut dan mengelar tangan pegawai polis itu di bahagian bisep.

Dua lagi pegawai polis segera bertindak menghalang lelaki tersebut dan menahannya. Namun Tan mengalami luka teruk akibat serangan itu. Malah disebabkan kecederaan tersebut, Tan hanya dapat kembali bertugas seperti biasa selepas beberapa bulan kemudian.

Ujian air kencing yang dijalankan ke atas lelaki berkenaan mendapati dia telah mengambil "ice" ataupun methamphetamine. Sebungkus bahan berkristal itu juga ditemui di dalam bilik tidurnya yang disahkan mengandungi 0.71 g methamphetamine.

Ketika masih bebas dalam jaminan mahkamah, lelaki itu dilaporkan telah menipu dua orang mangsa. Dalam kedua-dua kes tersebut, bapanya terpaksa memberikan kepada kedua-dua mangsa itu masing-masing SD1,300 dan SD1,000 sebagai pampasan.

Mahkamah juga diberitahu bawa lelaki itu pernah disabitkan kesalahan kerana mengambil dadah dan juga melakukan seks dengan seorang gadis bawah umur. — EdisiRakyat.com, 23 September 2017

No comments:

Powered by Blogger.