Ads Top

Temperature kereta naik? Cara kesan punca enjin kerap overheating

JIKA enjin kereta anda kerap 'overheating' menyebabkan jarum suhu (temperature) naik, adalah perlu untuk anda mengenal pasti punca perkara ini berlaku. Tentu meletihkan jika anda kerap terpaksa menambah terpaksa menambah air ke dalam radiator.

Ia berkemungkinan disebabkan terdapat kebocoran pada sistem penyejukan enjin kereta anda (cooling system).

Sebelum memulakan pemeriksaan, biarkan enjin dihidupkan untuk beberapa minit agar coolant dapat memanaskan (warna up) dan membentuk tekanan di dalam sistem.

Ini akan memaksa 'coolant' terbebas ke mana-mana sahaja terdapatnya weak spot dan membuat kebocoran nampak lebih nyata.

Untuk mengetahui punca mengapa enjin panas melampau (overheats) anda perlulah membuat pemeriksaan ke atas beberapa komponen enjin kereta iaitu:

1. Memeriksa hos getah

Mulai dengan memeriksa (top hose) dan hos bawah(bottom hose).



Pastikan tiada rekahan atau melecet pada permukaannya. Rekahan mudah dikesan dengan memicit hos itu.

Berikan perhatian pada bahagian dimana hos membengkok atau bertemu 'stub'.

Jika hos kelihatan lusuh, gantikan dengan yang baru.

Amati juga klip-klip yang mengikat hos pada 'stub'.

Klip sepatutnya ketat tetapi tidaklah keterlaluan sehingga terbenam ke dalam getah hos (dikenali sebagai bite) dan berkemungkinan menjadi penyebab kepada kebocoran.


2. Memeriksa Kabel Earth Enjin

Kadangkala sambungan kabel Earth enjin yang terlucut atau kelonggaran boleh menjadi penyebab berlakunya engine overheats.

Selalunya ia berada pada pelbagai lokasi bergantung kepada model kereta.

Pada kereta model Perodua Kancil, kabel ini berada di bawah bateri tray.

Untuk kepastian, minta mekanik yang memeriksa kereta anda mengenal pasti lokasinya dan pastikan ia berkeadaan ketat dan tiada kerosakan pada pendawaiannya.


3. Radiator

Tempat paling sering mengalami kebocoran adalah pada bahagian seam atas dan bawah. (top anda bottom seam).



Ia juga boleh mengalami kebocoran pada bahagian radiator core iaitu bilah-bilah penyejuknya.

radiator core

Kerosakan ini biasanya disebabkan oleh hentaman batu.

Jika kebocoran berlaku pada core, anda boleh membaiki 'sealent' yang boleh dibeli dari kedai alat ganti kereta malah di pasaraya; atau serahkan tugas dan pembaikan kepada mekanik.

Alternatif lain adalah dengan mendapatkan radiator yang terpakai ataupun baru.

Kebanyakan radiator memiliki sebuah drain plug di bahagian bawahnya. Pastikan ia bukanlah penyebab kebocoran yang berlaku.

Tukarkan drain plug bersama-sama getah pengedapnya (sealing ring) seandainya terdapat kesan kebocoran.

Periksa expansion tank serta hos kecil yang bersambungan di antara unit tersebut dengan radiator sama ada terdapat sebarang tanda kebocoran.

Lakukan juga pemeriksaan ke atas penutup tekanan radiator atau radiator cap.

Rubber seal atau getah pengedap sepatutnya berada dalam keadaan baik dan injap atau valve yang berada di tengahnya masih anjal serta mampu bergerak bebas.


4. Kipas radiator

Hidupkan enjin terlebih dahulu. Pastikan kesemua komponen disambungkan (jika anda melonggarkan hos, penutup radiator dan sebagainya, sila ketatkan kembali).

Biar enjin memanas dan keraplah memerhatikan kedudukan suhu yang tertera pada temperature gauge.



Perhatikan kipas radiator adakah ia mula berputar pada kedudukan suhu yang betul atau langsung tidak berputar sama sekali.

Sepatutnya kipas bulan berputar pada separuh (Atau 3/4 dari kedudukan garis tengah meter penunjuk suhu pada dashboard kereta anda.

Jika kipas mulai beroperasi melepasi kedudukan suhu yang disyorkan seperti yang dinyatakan di atas, berkemungkinan unit fan switch atau juga dikenali sebagai thermo switch; iaitu unit pengesan (sensor) suhu enjin tidak lagi efektif dan perlu digantikan segera.

Perhatikan tahap kederasan kipas tersebut berputar. Putaran lemah tidak mampu menyedut kuantiti angin yang mencukupi untuk penyejukan radiator core.

Jika ini berlaku, penukaran motor kipas atau radiator fan motor adalah langkah terbaik.

Perhatikan juga berapa lamakah kipas itu berputar. Kipas yang terlalu cepat berhenti berputar akan gagal menyejukkan radiator terutamanya sewaktu terperangkap dalam kesesakan lalu lintas.

Kebiasaannya kipas berputar kira-kira 20- 30 saat pada setiap operasinya dan mampu merendahkan suhu yang ditunjukkan pada meter suhu.

Walaupun ini jarang berlaku, putaran kipas sepatutnya menyedut dan bukannya menghembus.

Ini boleh berlaku akibat kesilapan pendawaian terutamanya selepas sesuatu penggantian dilakukan.


5. Core plugs

Lokasi terakhir yang perlu diperiksa ialah core plugs. Unit ini boleh berada di pelbagai lokasi dan sering menjadi punca kebocoran.

Sama ada ia menjadi longgar akibat desakan tekanan dari dalam enjin atau berkarat dan membentuk lubang-lubang halus.




Gunakan cermin dan lampu suluh sekiranya ia sukar dilihat atau terlindung. Amati sebarang kesan lelehan berkarat yang mengalir keluar dari blok enjin.

Adalah berbaloi membuat pemeriksaan core plugs sekurang-kurangnya dua kali setahun untuk memastikan tiada kebocoran.

Jika sukar, minta bantuan mekanik untuk membuat pemeriksaan dan penggantian.


6. Kebocoran di dalam enjin (internal leakage)

Seandainya kesemua pemeriksaan gagal menemukan sebarang kebocoran, berkemungkinan terdapatnya kerosakan gasket di antara 'cylinder head' dengan block enjin, atau piston head mahupun blok enjin itu sendiri telah mengalami retakan/ rekahan dalaman yang membenarkan gas pembakaran (combustion) terbebas dan seterusnya mendidihkan coolant.

Terdapat satu pemeriksaan lanjutan yang boleh dilakukan untuk memastikan internal leak adalah penyebabnya.

Pertama, buka radiator cap (biarkan enjin menyuam dahulu) dan amati keadaan coolant. Kehadiran minyak atau buih di dalam coolant menandakan kebocoran di dalam enjin selain pendidihan coolant/ air didalam expansion tank sewaktu overheating sedang berlaku.

Minta bantuan mekanik untuk mengesahkan puncanya. Seandainya hanya gasket atau kepala silinder (cylinder) head sahaja yang perlu diperbaharui, anda boleh melakukannya sendiri.

Tetapi jika blok enjin didapati bermasalah, sama ada anda mendapat blok baru atau sebuah enjin terpakai sebagai jalan penyelesaiannya.— EdisiRakyat.com, 30 Oktober 2017

1 comment:

  1. ASSALAMUALAIKUM WAROHMATULLAHI WABAROKATUH
    SAYA IBU DEWI INGIN BERBAGI CERITA KEPADA ANDA SIAPA TAU BISA BERMANFAAT. SAYA SANGAT BERTERIMA KASIH BANYAK KEPADA PAK KARTABAYA ATAS BANTUANNYA MELALUI PEMASANGAN NOMER TOGEL.. SEKARANG SAYA SUDAH BISA BANGUN RUMAH DAN SAYA SUDAH PUNYA USAHA SENDIRI BERKAT BANTUAN BELIAU. DULUHNYA AKU TIDAK PERCAYA SAMA BANTUAN DARI PERAMAL TOGEL,TAPI SEKARANG AKU SUDAH PERCAYA KARENA SAYA SUDA MEMBUKTIKAN SENDIRI.KARNA ANGKA YG DIBERIKAN 4D BENAR2 TEMBUS 100% ALHAMBUHLILLAH DPT 589 JUTA DAN SAYA SELAKU PEMAIN TOGEL DAN KEPERCAYAAN ITU ADALAH SUATU KEMENANGAN DAN SAAT SEKARANG SAYA TEMUKAN ORANG YANG BISA MENGELUARKAN ANGKA2 GAIB YAITU PAK KARTABAYA JIKA ANDA YAKIN DAN PERCAYA NAMANYA ANGKA GOIB ANDA BISA HUBUNGI LANSUNG PAK KARTABAYA DI NO_+62852_8092_3347_SAYA SUDAH BUKTIKAN SENDIRI ANGKA GOIBNYA DEMIH ALLAH DEMI TUHAN. INILAH KISAH SUKSES SAYA SEBENARNYA...


    WASSALAM













    ReplyDelete

Powered by Blogger.