Ads Top

Masjid di Pulau Pinang larang akad nikah dalam ruang solat

MASJID Abdullah Fahim, yang terletak di Kepala Batas, Pulau Pinang melarang orang ramai daripada melakukan upacara akad nikah di dalam ruangan solat.

Notis larangan itu yang ditampal pada pintu masuk jenis cermin masjid berkenaan tular di media sosial sekaligus menimbulkan pelbagai reaksi orang ramai.

"Mulai 1 Januari 2018, majlis akad nikah tidak dibenarkan lagi dijalankan dalam ruang solat masjid, pihak pentadbiran masjid telah menyediakan dewan khas untuk majlis akad nikah dengan bayaran sewa sebanyak RM50.00 untuk tempoh selama 1 jam.

Sebarang urusan berkaitan tempahan dewan boleh berhubung terus dengan Puan Hamidah di talian 012 - 5666394," tulis pemberitahuan itu.



Sumber dari media sosial memaklumkan, tindakan itu dibuat atas sebab untuk menjaga kehormatan masjid sebagai tempat yang mulia.

Seringkali berlaku beberapa perbuatan oleh pasangan pengantin dan rombongan yang dikatakan mencemar kesucian rumah Allah itu.

Antaranya termasuk, pelanggaran adab di dalam masjid seperti tidak menutup aurat, berpakaian tidak sopan, Dan kehadiran wanita yang didatangi haid.

Adakala majlis pernikahan berlangsung dalam keadaan bising sehingga mengganggu jemaah atau individu yang mahu menunaikan solat.

Selain itu terdapat juga anak-anak kecil yang dibiarkan bermain tanpa kawalan ibu bapa dan penjaga sehingga naik ke atas mimbar masjid.

Bayaran sebanyak RM50 yang dikenakan untuk dewan khas pula dikatakan untuk membayar

1. Upah kepada petugas yang akan menyiapkan bilik untuk digunakan (RM10) — petugas adalah terdiri daripada biro muslimat yang dipilih dari kalangan orang susah atau asnaf

2. Bayaran utiliti kerana bilik berkenaan dilengkapi hiasan majlis akad nikah dan sistem penghawa dingin (RM20)

3. Sebagai sumbangan ke dalam tabung Biro Muslimat masjid untuk kegunaan program termasuk program kongsi rezeki yang sedang dijalankan oleh pihak masjid (RM20). EdisiRakyat.com, 7 November 2017

Masjid Abdullah Fahim, Kepala Batas, Pulau Pinang

2 comments:

  1. Ngapa nk buat sangat majlis akad ni kat masjid? Benda-benda baik ni, kat mana2 tempat yg munasabah pun boleh dijalankan.
    Nak ambik berkat?
    Berkat yg ada pada solat dan doa harian yg khusyuk itu rasanya lebih hebat lagi drp berakad nikah dlm dewan solat masjid-masjid

    ReplyDelete
  2. Ok no problem. Dewan dah disediakan. Alasan yg munasabah

    ReplyDelete

Powered by Blogger.