Ads Top

Dalang seludup Warga Bangladesh disenarai hitam ditahan

JABATAN Imigresen dilaporkan telah menahan seorang lelaki warga Bangladesh yang dikenali sebagai 'Abang Bangla' di Alam Megah, Shah Alam pada hari Jumaat kerana menjalankan sindikit menyeludup warga asing yang telah disenarai hitam masuk ke negara ini.

Ketua Pengarah jabatan itu Datuk Seri Mustafar Ali, dilaporkan berkata lelaki tersebut telah ditahan dalam satu operasi pada jam 2.00am.

Katanya seramai 50 lagi warga Bangladesh berusia antara 20 dan 45 ditahan oleh sepasukan penguatkuasa ketika serbuan di sebuah lagi premis di Shah Alam.

mustafar

"Kami juga telah menahan seorang lelaki yang dipercayai membantu Abang Bangla dalam sindiket tersebut,"

"Siasatan awal kami menunjukkan bahawa Abang Bangla, atau nama sebenarnya Abdur Rauf, telah mula menyeludup warga asing di senarai hitam ke Malaysia sejak 8 bulan yang lalu,"

"Minta daripada mereka sebelum ini telah melakukan kesalahan imigresen di negara ini dan telah menjalani hukuman," kata Mustafar kepada wartawan dalam satu sidang media.

Menurutnya modus operandi sindiket tersebut adalah dengan membelikan tiket-tiket penerbangan untuk warga asing di senarai hitam dari Dhaka ke Jakarta.

Dari Jakarta warga asing berkenaan akan memasuki Malaysia melalui jalan-jalan haram yang dikenali sebagai "laluan tikus." — EdisiRakyat.com, 12 Januari 2018

No comments:

Powered by Blogger.