Ads Top

Ibu lempar bayi 7 bulan dalam sungai

NYAWA seorang bayi 7 bulan bagai di hujung tanduk apabila dicampak ibunya yang dikatakan tidak siuman dari jambatan setinggi 36 meter ke dalam sungai di Sao Luis, timur laut Brazil.


Carla Regina Mendes, 23 tahun tiba-tiba melemparkan bayinya dari jambatan Jose Sarney menyebabkan orang ramai yang menyaksikan kejadian pada tengah hari 18 Mac lalu kelihatan terpinga-pinga dan terkejut.


Bayi itu bernasib baik kerana kejadian itu disedari dua anggota polis, Danilo Pestana dan Herberth Ribeiro yang kebetulan lalu dikawasan itu selepas sesi latihan bola sepak pada jam 2 petang.


Mereka bertindak pantas turun ke dalam sungai untuk menyelamatkannya walaupun mengalami kesukaran kerana sungai tersebut berpaya.


Bayi malang tersebut ditemui hampir lemas dengan mulut dipenuhi lumpur.


bayi-dilempar-dari-jambatan

Bayi tersebut kemudian di hantar ke hospital Djalma Marques untuk dirawat, manakala ibunya ditahan untuk siasatan.


"Saya merasa sangat sayu melihat bayi itu menangis dan rasa sangat bersyukur kerana dapat bertindak cepat," kata Pestana.


Ibunya ketika disoal siasat mengakui mengalami masalah mental dan kemurungan.


Wanita terbabit kini dihantar untuk ujian psikatri dan jika disabitkan kesalahan, dia boleh berdepan dakwaan cubaan membunuh bergantung kepada keputusan ujian berkenaan.—EdisiRakyat.com, 26 Mac 2018

No comments:

Powered by Blogger.