Tujuh ditahan Polis cuba menipu dalam Pemilihan PKR Selangor

PIHAK polis dilaporkan telah menahan seramai tujuh lelaki yang didakwa cuba menipu di dalam pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Petaling Jaya Utara.

Penahanan yang dibuat pada malam Ahad (21 Oktober) itu telah disahkan oleh OCPD Petaling Jaya, Mohd Zani Che Din

"Tujuh lelaki berusia antara 18 dan 55 telah dirakam percakapan mereka dan dibebaskan dengan jaminan polis," kata beliau ketika hubungi oleh wartawan pada hari Isnin (22 Oktober).

TAG

Menurut beliau kes berkenaan kini disiasat di bawah Seksyen 420, dan 511 Kanun Keseksaan kerana menipu dan cuba melakukan kesalahan yang boleh dihukum penjara.

Lelaki-lelaki berkenaan dikatakan cuba menggunakan dokumen palsu ketika pemilihan.

TAG

Pemilihan kedua PKR Selangor dicemari insiden kekecohan dan perbalahan di beberapa cabang.

Antara cabang yang dilapor terlibat dengan insiden kekecohan adalah Cabang Gombak, Selayang, Petaling Jaya Utara dan Puchong. — EdisiRakyat.com, 22 Oktober 2018

Post a Comment

0 Comments