Warga Indonesia bersalin dalam pesawat

SEORANG wanita warga Indonesia dilaporkan bersalin dalam sebuah pesawat Etihad Airways penerbangan dari Abu Dhabi ke Jakarta mengakibatkan pesawat itu terpaksa dialihkan ke Mumbai pada hari Rabu.

Pesawat EY474 yang meninggalkan Abu Dhabi untuk ke ibu negara Indonesia itu dialihkan ke lapangan terbang Mumbai selepas wanita berkenaan melahirkan bayinya.

"Penumpang berkenaan selamat melahirkan seorang bayi perempuan kira-kira 40 minit sebelum pendaratan," di Mumbai kata salah seorang jurucakap.

TAG

Jurucakap itu menceritakan wanita berkenaan sebagai berasal dari Indonesia dan telah dibawa ke hospital berdekatan sebelum pesawat yang dinaiki berlepas dari Mumbai sekitar jam 09:40 bagi meneruskan perjalanannya ke Jakarta.

Tahun lalu seorang wanita warganegara India bersalin dalam pesawat Jet Airways dari Damman, Arab Saudi menuju ke Kochi yang terletak di selatan Kerala dalam negara India.

Pesawat berkenaan turut dialihkan ke Mumbai. Menurut Jet Airways ia merupakan kejadian kali pertama bayi dilahirkan dalam pesawat syarikat itu, dan ia telah memberikan penerbangan percuma seumur hidup kepada bayi berkenaan dalam mana-mana pesawatnya. — EdisiRakyat.com, 25 Oktober 2018

Post a Comment

0 Comments