Lelaki turut rentung selepas bakar ibu mertua

LELAKI yang rentung dalam kebakaran rumahnya semalam dipercayai bertindak menyimbah petrol dan membakar ibu mertuanya sebelum rumahnya di Taman Segar Nibong tebal Pulau Pinang turut terbakar.

Ketua Polis Daerah Seberang Prai Selatan Superintendan Shafee Abd Samad berkata, siasatan polis mendapati lelaki berusia 52 tahun bertindak sedemikian ketika dalam keadaan marah dan mabuk.

Shafee Abd Samad

Dia dikatakan memarahi ibu dan isterinya serta mengambil satu botol mengandungi petrol sebelum menimbang bahan api berkenaan ke badan wanita itu.

"Lelaki itu yang berada di tingkat atas rumah turun ke bawah dan telah marah serta memaki hamun isterinya yang berada sedang menonton televisyen di ruang tamu bersama anak perempuan dan ibu mertua suspek."

"Suspek telah keluar dari rumah dan pergi ke bahagian hadapan rumah serta mengambil satu botol yang mengandungi petrol sebelum masuk semula ke dalam kediamannya serta terus pergi ke arah ibu mertuanya dan menyimbah petrol kepada wanita itu," katanya.

Dia kemudian menyalakan api pada sekeping kertas sebelum menghalakan ke arah ibu mertuanya. Api menyambar Ghanesi Mary, 69 menyebabkan badannya melecur hampir 90 peratus.

Mangsa telah dihantar ke Hospital Pulau Pinang dan keadaannya dilaporkan kritikal. Sementara itu mayat suspek ditemui oleh pihak bomba dalam keadaan rentung dan terbaring di tingkat atas rumahnya.

Mayat dihantar ke Hospital Sungai Bakap untuk bedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan. — EdisiRakyat.com, 24 November 2018

Post a Comment

0 Comments