Tidak patut hukum gantung penagih dadah kata Dr Wan Azizah

PENAGIH dadah patut dipulihkan bukan di penjara dan dihukum gantung sampai mati, kata Timbalan Perdana Menteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail.

TAG

Menurut beliau, hukuman gantung mandatori terhadap pesalah-pesalah dadah tidak mengurangkan jenayah yang berkaitan dengan kesalahan itu.

"Saya telah berbincang dengan menteri undang-undang tentang apakah pencegahan paling efektif. Mereka (penagih dadah) perlukan pemulihan bukan penjara dan dihukum gantung,"

"Kita telah hadapi masalah ini begitu lama, dan ia semakin meningkat," kata beliau kepada wartawan di lobi parlimen hari ini.

Katanya beliau telah berbincang secara meluas berhubung perkara itu dengan menteri undang-undang dan kerajaan telah memutuskan bahawa hukuman mati mandatori bukanlah pencegahan kepada kesalahan berkaitan dadah.

"Kami sedang berbincang kerana hukuman hukuman mati mandatori, untuk mana-mana jenayah berkaitan dadah sebenarnya bukanlah satu pencegahan," tambahnya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Liew Vui Keong semalam dilaporkan berkata bahawa kabinet telah memutuskan bahawa hukuman mati terhadap 33 kesalahan di bawah 8 akta akan dimansuhkan termasuk kesalahan membunuh. — EdisiRakyat.com, 14 November 2018

Post a Comment

Previous Post Next Post