Safee Sali bakal akhiri zaman duda dengan wanita Indonesia

,

EdisiRakyat.com

PENYERANG bola sepak kebangsaan, Mohd Safee Ali bakal mengakhiri zaman dudanya dengan wanita Indonesia yang dikenali sebagai Shasha pada 21 Disember ini.

Safee dipetik dalam Utusan Malaysia pada Jumaat sebagai berkata, beliau mengenali hati budi bakal isterinya lebih setahun sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin.

Katanya, perkahwinan kali kedua itu akan diadakan di sebuah hotel dekat Tanjung Pinang, Kepulauan Riau iaitu di daerah kelahiran bakal isterinya.

"Alhamdulillah, Shasha dan saya sependapat dalam banyak perkara. Dia sangat sederhana dan boleh menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja saya sebagai pemain bola sepak," kata Safee.

Pasangan itu turut akan diraikan dalam satu majlis persandingan yang akan diadakan di kampung halaman Safee di Bidor, Perak pada 28 Disember ini.

Safee pernah mendirikan rumah tangga pada 2007 dengan Sabarina Yusof tetapi bercerai secara baik pada 1 April tahun lalu di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor.

Pemain itu kini bermain dengan pasukan Johor Darul Ta'azim.

Beliau sebelum ini pernah meneruskan karienya bersama kelab Pelita Jaya apabila memperoleh kontrak baharu bernilai lebih RM2 juta daripada kelab itu untuk tempoh dua tahun — EdisiRakyat.com